Monday, April 20, 2015

KEKALKAN KESIHATAN MATA ANDA

Assalamualaikumm semua. Maafkan saya kerana kurang sihat dalam seminggu ini. Ye,,kadang-kadang kita diuji dengan kesihatan dan wang ringgit. Tidak mengapa..wang ringgit boleh dicari,...tetapi kesihatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Ok...hari ini saya akan kongsikan dengan anda cara penjagaan mata yang betul supaya mata anda boleh terus berfungsi sehingga usia anda melewati 40an keatas...
Pengalaman saya sendiri.Pada tahun 2006...pernah mendapat penyakit radang mata atau dalam bahasa saintifiknya UVITIS. Saya hampir buta sebelah mata akibat kurang penjagaan  ketika sakit mata dan tidak mendapatkan rawatan segera. Akhirnya saya ditempatkan diward untuk pemantaun doktor pakar mata. Penyakit saya reda seketika setelah mendapatkan rawatan mata...susulan rawatan jangan cakaplah...Apa yang peliknya setiap 2 tahun penyakit itu akan berulang kembali..sama ada sebelah kanan atau kiri. Jadi rawatan susulan yang terakhir ialah pada tahun 2014 iaitu pada bulan Januari. 

Saya pun mula mencari supplement untuk mengelakkan radang mata saya kembali. Alhamdulillah saya telah berjumpa dengan SHAKLEE. Pengambilan secara konsisten Vitamin E membuatkan mata saya kelihatan segar dan kurang pedih apabila terlalu lama menghadap skrin komputer .




Vitamin E juga terkenal dengan antioksidan juga menyihatkan penglihatan
Meredakan sakit kulit
Menyerikan kulit wajah dan tubu
Menguatkan rambut

 Maklumlah bisnes secara online memerlukan kita mengadap skrin dalam jangka waktu yang lama. 
Setelah mengamalkan vitamin E, kesihatan mata bertambah baik. Saya juga menambah akan supplement mata saya kepada CAROTOMAX.


NAK TAHU APA KELEBIHAN CAROTOMAX UNTUK PENJAGAAN MATA????

* Sumber vitamin A dari buah-buhan dan sayur-sayuran
* Mempertingkatkan kualiti penglihatan mata
* Pencegah kanser
* Melindungi dari rabun malam
*Meredakan penyakit kulit
*Membina semula sel-sel yang rosak
* Membentuk tulang,gigi,gusi dan mata yang sihat
* Meredakan penyakit kulit
* Sangat bagus untuk kulit yang berjerawat dan melicinkan kulit
* Meredakan ulser dan bisul

MATA YANG SIHAT DAN  MENAWAN TERHASIL DARI PEMAKANAN KESIHATAN DAN MAKANAN HARIAN KITA YANG BERKUALITI SERTA YANG ORGANIK !!!!



Saya mencadangkan anda semua cuba ambil supplement utnuk mata yang berkualiti . Periksa kandungannya dan rujuk kepada yang pakar dalm pemilihan makanan tambahan tersebut.

Akir kata salam manis dari saya, ejen SHAKLEE bertauliah anda  SID1086514 Fairuz binti Khatim.
Sedia memberikan konsultansi keapada yang memerlukan.



PROMOSI APRIL 2015 !!!!

GLA COMPLEX           BUY 6 FREE 1
LECITHIN                     BUY 6 FREE 1
VITALEA FOR KIDS    BUY 3 FREE 1
DTX COMPLEX           BUY 3 FREE 1
CINCH SHAKE             BUY 3 FREE 1

Jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki vitamin yang sudah semestinya ALWAYS GREEN ...ALWAYS SAFE!!!








Friday, April 10, 2015

BERIKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK.

Assalamualaikum...semua.. Maafkan saya kerana sudah lama tidak menjengah blog saya ini. Agak sibuk dengan kerja hakiki, jadi izinkan saya menulistentang PENJAGAAN KESIHATAN KANAK-KANAK. 

Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan pelbagai kisah tragis kanak-kanak. Ada yang terjatuh dari escalator, tidak kurang juga bayi yang baru berusia 3 bulan meninggal dunia akibat jatuh dari tingkat 3 rumah pangsa bersama aank pengasuh yang berusia 6 tahun. Bagaimanapun kanak-kanak 6 tahun itu hanya mengalami patah kaki.   Allahurobbi..tersentap jiwa ibu saya membaca kisah-kisah sebegini. Apa lagi yang harus kitalakukan sebagai ibu bapa untuk menjaga keselamatan anak-anak jagaan kita??  Bukan keselamatan sahaja yang perlu kita jaga bahkan kesihatan tubuh badan anak-anak kita wajib kita ambil tahu dan apa caranya kita sebagai ibubapa menangani permasalahan kesihatan mereka.

Apa yang saya ingin nyatakan disini ialah, apa tindakan kita sebagai ibubapa dalam mencari kaedah rawatan atau penjagaan setiap inci tubuh badan anak-anak kita. Ibubapa mana yang tidak mahu melihat anak-anak mereka sihat dan sentiasa ceria dalam menjalani kehidupan seharian?? Tahukah anda semua..ada diantara kanak-kanak diluar negara yang kurang penjagaan kesihatan lantas mereka dijangkiti penyakit yang agak luar biasa atau penyakit yang biasa kita dengar , terutamanya asthma,eczema dan kurang vitamin dalam badan hingga mengakibatkan anak-anak ini kurus kering lalu mati kebuluran.

Sebagai ibubapa..kita patut bertanggungjawab dalam memilih pemakanan anak-anak kita. Lihat dan semak bahan-bahan yang terkandung didalam makanan yang dijual . Pencegahan awal harus kita lakukan untuk memastikan anak-anak kita kekal sihat dan sentiasa cerdas otaknya dan ceria hidupnya.
Cara memasak makanan juga perlu kita titik beratkan agar sentiasa halal dan bersih.

Anak-anak juga kadang-kadang agak cerewet dalam memilih makanan. Ada yang tak suka langsung sayur dan buah..ada juga yang suka buah yang tertentu sahaja  Atau suka sayur tertentu sahaja. Pening juga kita sebagai ubu nak pastikan mereka mendapat khasiat yang baik untuk tubuh badan mereka.

PERLUKAH MAKANAN TAMBAHAN @ SUPPLEMENT KEPADA ANAK-ANAK KITA?

Kadang-kadang kita terteanya-tanya apakah cara yang paling mudah untuk kita memberi anak-anak kita makanan tambahan? Adakah anak-anak kita mahu menelan supplement?? Walaupun ada pelbagai variasi..tetapi masih juga ada anak-anak yang mengelak untuk diberi supplement.
Banyak makanan tambahan yang telah dicipta khusus untuk kanak-kanak yang agak cerewet dalam soal makanan. Lantas ibu bapa pun mula mencari produk yang sesuai untuk anak-anak mereka. Sebelum beli semak dulu...kandungannya..bahannya..apakah ia selamat atau tidak untuk anak anda.

SET MAKANAN TAMBAHAN UNTUK KANAK-KANAK DARI SHAKLEE.


Shaklee menyediakan rangkaian makanan tambahan yang lengkap untuk anak-anak yang bermasaalah dari segi kesihatan dan cerewet dalam soal makan.

ANTARANYA:- 

MEALSHAKE :         - Membantu terbinanya sel bok yang sihat
                                   - Sarapan segera yang berkhasiat
                                   - Mengenyangkan

CHEWABLE VITA-C PLUS :-
                                   - Gigi,tulang, mata dan kulit yang sihat

OMEGA GUARD      - DHA & EPA  mampu untuk :
                                     1)mengelakkan radang
                                     2)menggalakkan sistem saraf dan mata yang  
                                        sihat yg perlu diperolehi dari pemakanan.
                                 
VITA-LEA FOR KIDS :
                                   - Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral
                                  - membantu menyokong sistem imun
                                  -membantu tumbesaran yang sihat

Jadi sebagai ibubapa kita perlu prihatin tentang keperluan vitamin anak-anak supaya mereka kekal cergas dan sihat tumbesarnnya.

Jangan biarkan mereka terganggu dengan masaalah kesihatan yang akhirnya anak-anak ketinggalan dalam pelajaran akibat sering tidak hadir ke sekolah.

Akhir kata dari saya...salam perkenalan bagi yang baru menjengah keblog saya. Semoga anda dapat manaffat dari apa yang saya tulis ini. Wassalam...


COD: Area= Medan Gopeng,RTC Gopeng,Rapat Setia .
Sila gunakan kotak pesanan jika anda ingin membuat pesanan.
Fast action..whatsapp/sms/call/telegram 0195241019.







Wednesday, April 1, 2015

KURUSKAN BADAN CARA SELAMAT DAN SIHAT.

ASSALAMUALAIKUM...semua... Maaf saya sibuk kebelakangan ini  yang menyebabkan saya tak update beberapa hari..haaa..malam ni saya dah update informasi tentang cara penurunan berat badan.

Ok....semua orang mahukan tubuh badan yang langsing dan cantik....ala-ala model gitu kan!!! Tapi pernah tak..bila mana kita cuba untuk kuruskan badan..tetapi masih belum berjaya sepenuhnya...?? Kenapa ya???
Tahu tak punca atau sebab tubuh badan anda susah nak kurus???

Ok..kat bawah ni saya senaraikan punca-punca kegemukan.

PUNCA-PUNCA GEMUK:-

1. Metabolisma yang rendah
2. Diet yang tidak seimbang
3.  Mengambil ubat-ubatan dipressi
4. Genetik
5. Stress
6.  Menderita penyakit kronik
7.  Tak makan
8.  Ukuran size pengambilan makanan tersebut
9.  Tidak atau kurang bersenam
10. Suka makan makanan ringan yang tidak berkhasiat diantara waktu makan tengahari atau malam
11. Kurang minum air kosong.

Jadi...skrg anda tahukan..apa sebabnya jadi gemuk...Ada sebabnya...ye..bukan tetiba jadi gemuk.
Ada beberapa petua dari orang tua-tua kita dulu yang agak mudah untuk disediakan . hanya perlukan kesabaran dan bahan-bahannya dari dapur kita juga.

Caranya:

* 5 biji limau kasturi
* 1 sudu teh madu
* segelas air suam

Limau kasturi dipotong dan diperahkan kedalam air suam. Kemudian campurkan sesudu teh madu lebah yang asli ye..tiruan..takkan menjadi. Kacau sebati dan diminum setiap malam sebelum tidur / selepas bangun dari tidur. Fungsinya...dapat membuang lemak-lemak ya g berlebihan. Atau pun potong bebrapa kepingan buah lemon dan isi didalam tupperware minuman yang berukuran 500 ml . Kemudian isikan ketulan air batu dan simpan didalam peti sejuk. Keesokkan harinya minum..inshallah anda akan rasa perubahannya dalam mkasa 2 minggu. Ia merupakan air detox yang dapat mengurangkan lemak serta membuang toxin didalam badan.


JANGAN BERLAPAR/ BIARKAN PERUT KOSONG

Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga lebih dari bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini 
menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda terlalu lapar, pada kebiasaannya anda akan mengambil makanan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah 
kembali ke paras normal namun kadar metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan kalori tidak terbakar pada tahap yang sama lagi.

MINUM AIR KOSONG 8 GELAS SEHARI

Air kosong merupakan bahan yang paling penting untuk kuruskan badan. Kenapa? Ia adalah air yang tiada perisa dan sangat bagus untuk menyingkirkan bahan buangan dengan cepat dan berkesan. Sebab itu kita digalakkan minum air kosong dengan uabat-ubatan atau vitamin. Proses penghadaman atau penyembuhan akan berlaku dengan segera jika kita minum air kosong. Saya sangat menggalakkan anda semua terutama kaum ibu-ibu yang sudah melahirkan minum air suam. Air suam akan mempercepatkan penyingkiran lemak. 


JANGAN MINUM AIR BERSULAM NASI .

Minumlah air setelah 2 / 3 jam makan..kerana ketika itu perut telah hampir siap menghadam makanan. Jadi sudah pasti kalau kita minum ketika sedang makan..akan menganggu proses penghadaman.
Jangan minum air manis atau berkarbonat ketika makan. Kerana lemak akan cepat berkumpul .Terutama di bahagian perut .

CARA LAIN UNTUK KURUSKAN BADAN.

Ada cara yang lain ke untuk kuruskan badan? Lecehlaaaa...nak kena perah air limau..kena cari madu..lemonlahh..macam2 lagi... Adaaaaaa .....Meh sini saya perkenalkan SET KURUSKAN BADAN SHAKLEE !!!!Selamat ke??? Saya takutlah...makan ubat-ubat nihh..

Jangan risau SHAKLEE bukannya ubat..tetapi supplement atau dalam Bahasa Melayu..dipanggil makanan tambahan. SHAKLEE sentiasa hijau..atau lebih tepat bahan-bahannya dari organik..PALING PENTING..HALAL!!
Set kurus SHAKLEE ini adalah set yang paling diminati ramai terutama kaum ibu-ibu..anak dara pun boleh makan tau..Kaum Adam???? Bolehhhh..tak ada salahnya...

SET YANG BAKAL MERUBAH PENAMPILAN ANDA.



Lecithin atau Omega Guard bertindak membakar segala lemak yang tidak diperlukan.

Herb-Lax bertindak sebagai ejen pembersihan usus . Alfalfa Complex pula membuang segala toksid dan dan membersih dalaman tubuh kita.

Cinch atau Esp sebagai pembina otot badan supaya tidak menggeleber setelah tubuh badan berjaya mencapai berat badan yang diingini.

Anda tidak perlu takut kerana semua bahan ini adalah organic dan tidak mengakibatkan cirit birit atau sakit perut memulas yang melampau.

Anda akan terasa tubuh badan ringan dan segar setelah konsisten mengamalkan produk diatas.

Cuba amalkan diet yang seimbang disamping makan vitamin, inshallah..apa yang dihajati akan tercapai. Amalkan minum air suam/kosong 8 gelas sehari untuk mendapatkan kesihatan yang optimum. Air kosong akan membantu mempercepatka proses penyingkiran toksid dan lemak yang tidak diperlukan...Akhirnya..akan terhasillah tubuh badan yang langsing dan sihat.

Akhir kata dari saya..hidup untuk sihat adalah ditangan kita sebenarnya..mahu atau tidak kitalah yang akan menentukkan siapa kita dan apa yang kita makan untuk jangka waktu yang panjang.

Salam sayang dari saya ejen shaklee bertauliah.  
SID 1086514
PN. FAIRUZ BINTI KHATIM



Dapatkan segera...vitamin shaklee yang sedang promos untuk bulan April ini!! 
Hubungi saya 0195241019 atau COD  area..RTC Gopeng,Medan Gopeng dan Rapat Setia .