Wednesday, October 14, 2015

JANGAN ABAIKAN KEHAMILAN TAK DIJANGKA.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga pembaca setia saya terus membaca penulisan saya dengan berlapang dada.

Apakah maksud kehamilan diluar jangkaan?? Pernah hadapi situasi ini?? Berapa ramai pasangan yang baru mendirikan rumahtangga menerima keadaan yang mereka akan menimang cahaya mata dalam waktu yang terdekat??

Kehamilan pertama adalah detik yang sangat -sangat ditunggu oleh pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. Perlukan perhatian khusus kerana ia merupakan kehamilan yang petama. Sudah pasti pasangan suami isteri ini tidak mengerti apakah langkah-langkah yang perlu diambil ketika siisteri telah pun disahkan hamil.

Kelengkapan khusu perlu disediakan dari segi pakaian,pemakanan,tempat untuk ibu hamil berehat dengan selesa serta dimanakah hospital atau pusat perubatan yang perlu pasangan yang bakal bergelar ibubapa ini berdaftar. Ini tujuannya untuk memudahkan ibu yang sedang hamil agar terus berasa selesa dengan keadaan ini walaupun pada hakikatnya agak sukar .

Begitu juga dengan kehamilan yang kedua, jagna abaikan keana ianya kadangkala berlaku tanopa diduga.

Pengalaman saya hamil kali kedua ketika anak sulong saya baru berusia 8 bulan. Bayangkan perasaan saya ketika itu. Sedih nak marah pun ada...tapi siapalah kita nak menolak takdir. Syukur alhamdulillah saya panjatkan pada ALLAH SWT. Walaupun ketika itu saya berasa sangat payah untuk menghadapi karenah "morning sickness". Saya hamil dalam keadaan saya didatangi haid setiap bulan selepas saya selesai pantang anak yang sulong. Agak terkejut apabila saya disahkan hamil dalam pada waktu yang sangat tidak saya bersedia dari fizikal dan mental.

Tetapi kerjasama dari pihak suami,keluarga dan keluarga mertua sangat membantu agar saya terus kuat menghadapi kehamilan yang tidak dijangkakan ini.

Setiap kehamilan itu unik. setiap ibu yang hamil perlu membuat pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan atau klinik swasta kerana, penjagaan kesihatan ibu hamil dan juga bayi yang dikandung amatlah penting. Jika anda hamil kali yang kedua atau seterusnya...sila beri perhatian lebih kerana, umur semakin meningkat jadi..daya ketahanan badan ibu hamil agak menyusut. Semua sudut kena jaga.

 Apa yang perlu diberitahu kepada pegawai perubatan sekiranya anda hamil??

1) Usia ibu ketika hamil.

2) Pusingan haid ibu, adakah ia teratur atau sebaliknya.

3) Sejarah kehamilan: Masalah kesihatan yang pernah dialamai oleh siibu ketika sebelum          hamil. 

Mungkin terdapat faktor genetik penyakit kronik isalnya: diabetes gestational iaitu diabetes sepanjang waktu kehamilan sahaja. Ini adalah salah satu keadaan yang saya pernah alami. Secara jujurnya...memang sukar kerana terpaksa mengawal pemakan dan penjagaan kesihatan yang ketat. Supaya ia tidak akan membawa mudharat kepada ibu dan bayi dalam kandungan. 

Pre-eklampsia : komplikasi kehamilan yang ditandai dengan peningkatan tekanan darah, kenaikkan paras cecair yang menyebabkan muka,kaki dan tangan membengkak serta kehadiran protin didalam urine.

4) RHESUS  (jenis darah) berlainan - yang mana rhesusu ibu adalah negatif dan rhesus  anak        positif. 

5)ASMA -  Semasa mebuat pemeriksaan sila berhati-hati dengan peningkatan hestamin . Hal          ini berlaku kerana kehamiloan mempunyai kesan atau dalam maksud yang lain penggalak        kehadiran asma.

6) KEADAAN KESIHATAN BAYI.

Ia berdasarkna keadaan kesihatan si sulung yang pernah dilahirkan sebelum ini. Perlu diingat!!! Jika anak pertama lahir dalam keadaan masalah kesihatan seperti jantung dan sebagainya...maka doktor perlu tahu apakah puncanya. Apakah ia disebabkan oleh faktor keturunan atau lain-lain. Sebaik maklumat diperolehi .Doktor akan cuba sedaya mungkin untuk mengurangkan risiko  yang bakal dialami oleh bayi.

HAMIL TETAPI MASIH MENYUSU!!!

Tidak perlu khuatir atau takut nak susukan anak. Pengalaman saya sendiri..menyusukan anak sehingga saya nak bersalinkan anak kedua pun masih lagi saya susukan kakaknya. Nurse yang mengendalikan kes saya pun menggalakkan saya susukan saja kakaknya. 

Tidak akan berlaku masalah kepada janin atau bayi dalam kandungan kalau kita masih susukan kakak atau abangnya. Asalkan anda bijak memberikan makanan dan minuman yang seimbangan dan tidur yang secukupnya itu sudah pun memadai.

Barangkali diawal kehamilan hormon akan berubah , puting susu menjadi sangat sensitif. Dan ia pasti menyebabkan anda susah untuk memberikan susu kepada yang sulung. Jika berlakunya kontraksi hentikan penyusuan kepada anak sulung. Hal ini berlaku kerana kontraksi boleh berlaku kepada kelahiran pramatang melalui ransangan hisapan dari payudara.

LIBATKAN ANAK SULUNG!!!

Beritahu mereka (abang atau kakak) yang kehadiran adik baru mereka itu akan menambahkan lagi kebahagiaan dalam kehidupan . Kalau anak sulung anda masih bawah umur, mereka tentu tak faham apa yang ibu cakapkan. JAdi tunjukkan kasih sayang anda yang tak berbelah bahagi kepadanya. Melalui gaya bahasa tubuh badan. Jangan sesekali berkasar dengannya, ini akan membuatkan anak sulung akan berfikir dan simpan didalam minda mereka yang anda dan suami tidak sayang kepadanya.

Setiap perkara yang membabitkan adik atau bayi , perlu libatkan akak atau abangnya. Misalnya kalau pergi buat pemeriksaan diklinik, beli keperluan bayi dan mengajak mereka merasakan gerakan janin didalam perut anda.

PERLU DIINGAT!!

Setiap kelahiran pertama yang berakhir dengan bersalin secara pembedahan tidak semestinya berlaku kepada kelahiran seterusnya. Begitu juga jika bayi pertama anda mengalami masalah kesihatan tidak semestinya anak kedua dan seterusnya akan mengalami situasi yang sama. 

Bagi yang beragama Islam, berserahlah sepenuhnya kepada Allah Swt. Banyakkan membaca Al-Quran serta berzikir. Ini akan membuatkan rohani ibu yang hamil akan kuat . Kajian membuktikkan bahwa bayi dalam kandungan jika selalu dibacakan Al-Quran akan cerdik dan baik akhlaknya.

Saya akhiri penulisan saya dengan , assalamualaikum. 
Salam sayang dari saya Puan Fairuz Bt Khatim.



Gambar ihsan dari GOOGLE.





Saturday, October 10, 2015

AWASI PENGGUNAAN PUTING KOSONG TERHADAP BAYI.

Assalamualaikum. Semoga anda sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Kali ini tajuk yang saya ingin kongsikan dengan anda ialah, PENGGUNAAN PUTING KOSONG terhadap BAYI. Kita kadang- kadang- memandang remeh perkara sebegini. Mengapa kita tidak mengambil berat atau peduli tentang puting kosong yang sering kita lihat digunakan kepada bayi.

 Mengikut kata-kata dari orang tua-tua, kalau terlalu lama gunakan puting kosong perut bayi akan kembung dan bayi akan meragam. Adakah ia sekarang mitos atau ada kebenarannya? Tampak comel apabila si kecil yang menghisap puting kosong. Biarpun berfungsi sebagai alat penenang untuk si comel menangis, namun ramai juga ibubapa yang tidak suka mengajar anak- anak mereka menggunakan puting kosong.

Bimbang anak- anak akan terikat terlalu lama sehingga tidak mahu 

berpisah dengan puting kosong selain bimbang struktur gigi si 

kecil akan rosak sekiranya terlalu lama bergantung dengan puting 

kosong.  Namun begitu bagi ibu bapanya yang menggunakan 

puting kosong perlukan menerapkan ciri-ciri keselamatan berikut:

1) GUNAKAN PUTING YANG BERSIH.

Dalam memastikan kebersihan yang maksimum, anda perlu sterile 

atau rebus puting kosong sama seperti puting botol. Apatah lagi 

puting kosong kerap digunakan bayi anda.

2) TUKAR PUTING SECARA KERAP.

Sebaiknya anda menggantikan puting kosong secara kerap. 

Disamping itu pastikan puting tidak mempunyai kesan retak,pecah 

atau berhubung,yang boleh menjadi punca kuman 

merebak.Sekiranya berlaku gantikan dengan puting baru secepat 

mungkin.


3)HADKAN PENGGUNAAN.

Seharusnya Hadkan penggunaan puting kosong pada masa tertentu 

sahaja umpamanya ketika bayi anda diserang kulit atau hanya 

untuk menenangkannya. Bimbang sekiranya penggunaan puting 

kosong untuk jangkamasa yangpanjang akan mengakibatkan 

infeksi kepada telinga.


4) BERI APABILA PERLU.

Sebagai langkah berjaga-jaga,  Cuba beri puting kosong apabila 

bayi anda memerlukan puting kosong sahaja. Jangan biarkan anak 

anda terlalu bergantung kepadanya bimbang timbul kesihatan 

sekiranya mahu diceraikan dengan puting kelak.


5) CERAIKAN APABILA TIBA MASA.

Cuba pisahkan anak anda daripada puting kosong kesayangannya 

sebaik- baiknya sebelum usia satu tahun. Sebaiknya sebelum gigi 

kekal keluar dan jangan biarkan penggunaan puting kosong 

menjadi tabiat.


Jangan ambil mudah tentang perkara ini. Ianya melibatkan 

kesihatan tubuh badan bayi yang kita sayangi.

Ambil langkah berjaga-jaga supaya bayi anda terhindar dari 
sebarang kecederaan atau dijangkiti kuman yang membahayakan kesihatannya.

Saya sudahi penulisan saya ini dengan,  Assalamualaikum serta Salam sayang buat pembaca semua.

PUAN FAIRUZ BINTI KHATIM. 



*contoh puting kososng yang digunakan oleh bayi.

Wednesday, October 7, 2015

VERIKOS VEIN SERTA KEKEJANGAN OTOT KETIKA HAMIL.

Assalamualaikum. Salam hormat semua. Hari ini saya akan berkongsikan tips kepada anda yang bakal hamil atau sedang hamil. Ada diantara kita ni yang semasa dalam tempoh kehamilannya terima pelbagai cabaran dan dugaan. Maklumlah bukan mudah untuk yang pertama kali hamil. Macam-macam situasi yang akan dihadapi. Dari mula hamil, morning sickness hinggalah ke trimester terakhir.

Apa yang saya nak kongsikan disini ialah, bagaimana ibu-ibu yang bakal hamil atau sedang hamil nak overcome masalah seperti kekejangan otot betis ketika sedang tidur atau ketika tengah bersantai. Ia berlaku dengan secara tiba-tiba.

Apa yang perlu anda tahu ialah...kekejangan berlaku apabila anda tidak mengamalkan pemakanan seimbang atau yang berkhasiat mengikut jadual pemakanan ketika hamil.

. Ketika hamil tubuh kita akan menerima perubahan yang ketara dari segi fizikal . Tubuh agak mengembang , berat akan naik mendadak, kaki yang kadangkala membengkak. Urat kaki timbul atau lebih dikenali VENA VERIKOS . Ini berlaku apabila kedudukan bayi dalam kandungan menekan urat -urat yang berada disekeliling rahim hingga kepangkal peha .

Ianya sangatlah sakit apabila kita terlampau banyak berjalan atau melakukan aktiviti yang melibatkan berdiri dengan lama.

Saya hadapai situasi ini dari kehamilan anak yang pertama sehingga anak yang keenam. Derita rasanya bila kaki anggota tubuh yang 100 % memainkan peranan dalam aktiviti kita seharian terpaksa dihadkan. Allah sahaja yang tau macam mana sakitnya bila tengah-tengah malam tersedar dari tidur akibat kekejangan otot atau cramp. Bila kekejangan berlaku maka urat timbul tadi pun rasa sengal dan akan mengambil masa sehingga setengah hari akan pulih sakitnya.

Kekejangan kaki dan urat timbul adalah perkara yang biasa berlaku sewaktu kehamilan, tetapi bukan semua wanita akan tempuhi keadaan itu. Bergantung juga kepada cara pemakanan, genetik dan cara kita berjalan. Bayi yang berada dalam kandungan nak membesar jadi apa je nutrien yang ada dalam tubuh ibunya akan diserap . Jadi itu yang menyebabkan ibu hamil mengalami situasi ini.

Apa yang saya ingin kongsikan disini ialah, tips atau cara bagaimana saya mengatasi masaalah ini. Bayangkan dari anak yang sulong hinggalah anak yang keenam saya mengalami situasi yang sama.


BERIKUT ADALAH TIPS UNTUK MELEGAKAN KEKEJANGAN DAN VENA VERIKOS.

1) Biasakan tidur tinggikan anggota kaki diatas bantal . Gunakan 3 biji bantal agar dapat melegakan kaki anda. Bila duduk atau berdiri cuba letakkan kaki diatas stool atau kotak agar kaki anda boleh relax.

2) Makan supplement seperti kalsium magnesium setiap hari. Atau minum susu sebelum tidur dan pada waktu sarapan . Pengambilan fiber atau protein secukupnya bantu elakkan cramp dan urat timbul.

3) Elakkan dari minum kopi atau teh. Ia akan mengurangkan kadar penyerapan kalsium ketubuh anda. Makan makanan yang mengandungi produk tenusu seperti keju, marjerin atau juga minuman berkalsium.

4) Banyakkan makan buah-buahan agar ketika hamil anda tidak terkena sembelit. Sembelit ni akan menyebabkan kita meneran bila buang air besar. Jadi ia akan mengakibatkan kesakitan bahagian urat timbul, seterusnya pada malam akan menyebabkan cramp.

5)Pakai kasut yang sesuai semasa tempoh kehamilan ini juga memainkan peranan kaki anda supaya tidak mengalami kekejangan ketika berjalan atau sedang memandu. Jangan main-main tau...ada kenalan saya yang cramp ketika beliau memandu. Gara-gara memakai kasut bertumit . Ini sangat membahayakan nyawa ibu  dan juga bayi dalam kandungan. Jaga berat badan atau ikut diet yang disyorkan oleh pakar perubatan agar kandungan tidak terlalu berat.

6) Gunakan stoking khas untuk yang mengalami kekejangan dan urat timbul. Ianya boleh dibeli di pharmacy . Stokin khas itu panjangnya mencecah ke pangkal peha agak tebal dari yang biasa. Pakai sebelum tidur dalam keadaan berbaring. Apabila bangun pagi dalam, keadaan masih berbaring tanggalkan stokin agar darah anda tidak berkumpul dibahagian kaki.

Bersenam setiap hari sekurang-kurangnya 10 minit untuk melegakan kekejangan urat timbul

7) Seminggu sekali rendam kaki anda dalam air suam yang dititiskan minyak zaitun ia dapat mengurangkan keletihan kaki serta urat yang timbul. Legaaaaaa...sangat bila dah letak kaki dalam besen air suam tersebut. Tertidur dibuatnyaaa....hihihi..

8) Tidur dalam keadaaan mengiring kekanan atau mana-mana bahagian yang anda selesa. Letakkan sebiji bantal dibahagian belakang anda serta letakkan bantal dibahagian kaki. Ini akan mengawal   berat rahim agar tidak menekan urat  anda . 

9) Jangan duduk bersilang kaki. Jika berdiri terlalu lama , cuba duduk sesekali dan lakukan pergerakan kaki.

10)Ketika duduk santai, cuba buat senaman kaki yang ringan agar kekejangan dan urat timbul pada kaki akan lega. Ini juga dapat membantu anda agar tidak mudah terkenan cramp pada waktu malam.

11) Bagi yang beragama Islam boleh mengamalkan selawat nabi serta ayat penyembuh dari Al-Quran dibaca kemudian disapu atau usap perlahan-lahan ke tempat yang sakit akibat kekejangan dan urat timbul. Inshallah sangat membantu. Cubalah..anda akan rasa perubahannya.

Selalunya perkara mcam ni berlaku bila kita sedang hamil sahaja. Bila selesai bersalin ..inshallah akan mulai kurang dan seterusnya akan hilang. Tetapi bergantung juga kepada seseorang. Macam saya urat bersimpul masih ada, tetapi tidak la sakit seperti dalam tempoh kehamilan.

Walaubagaimanapun saya amat menitik beratkan pemakanan ketika saya hamil. Ini akan dapat mempermudahkan keadaan kita sewaktu hamil trimester pertama, kedua dan ketiga.
Jangan abaikan sekiranya ini berlaku kepada anda, cuba cari jalan penyelesaian kerana bila kita hamil..emosi kita akan banyak berubah ..cuba minta bantuan suami untuk memahami keadaan anda serta mengatasi masalah ini.

Bila kita sedang hamil...kita nak emosi kita tenang ,riang dan gembira. Barulah anak yang dilahirkan akan turut stabil emosinya. Ingat...!! Emosi ibu hamil sangat berkait rapat dengan anak dalam kandungan...Okayyyy..





Saya sudahi tulisan saya ini dengan ...Assalamualaikum warah matullahiwabarakatuh
SALAM SAYANG DARI SAYA, PUAN FAIRUZ BT KHATIM

Tuesday, October 6, 2015

KAFEIN PENGARUH BURUK PENYUSUAN IBU.

Assalamualaikum semua. Hari ini saya akan membawakan tajuk KAFEIN PENGARUH BURUK KEPADA SUSU IBU.

Saya adalah peminum tegar kafein./ kopi..terutama brand N******.. . Ya Allah ...sangatallahhh sukanya minum benda ni. Kenapa?? Sebab saya ni dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai kilang kopi suatu ketika dahulu. Saya tak nak bercerita mengenai kilang itu...Apa yang saya nak tekankan disini ialah...Bagaimana kafein ni sangat tidak bagus untuk ibu-ibu yang susukan bayi atau anak.

Mana taknya...saya boleh minum sehingga 4 cawan sehari. Fuhhhhh....org kata sampai malam tak tidur tu. No...no...no...saya tidur elokkk je. Kenapa ? Sebab kafein telah immune / serasi didalam tubuh saya.

Ketika saya habis pantangkan anak yang ke4...saya mula ketagihkan N******. Saya cuba untuk tidak minum ..Adalah dalam 5 bulan selepas berpantang.....saya dapat bertahan. Tetapi malangnya, desakan tekak yang gatal nak rasa juga N****** tu saya mula ambil sikit...sikit. Husband perasan juga. Tapi walaupun ditegur...saya buat tak reti jeee..

Setelah anak saya berusia 7 bulan saya mula perasan susu saya menyusust... dari 100% tinggal 70 % peratus sahaja. Walaupun ketika itu saya belum bekerja. Kalau ikutkan...memang boleh sangatlah saya susukan sepenuhnya anak saya. Maklumlah...anak lelaki bukan ke kuat nyusu. 

Tapi saya degil...saya teruskan juga minum..tanpa rasa bersalah. NAmpak juga anak saya macam tak puas menyusu...tetapi saya tetap minum juga. Sehinggalah saya terbaca satu artikel didalam surat khabar. Bertajuk : KAFEIN MEMUSNAHKAN NUTRISI SUSU IBU.....

Saya rasa sangat sentappp...dan bersalah kepada anak saya. Ketika itu umurnya sudah pun mencecah kepada 1 tahun setengah. YA...masih lagi breastfeeding...tapi sudah susut kepekatan susu saya dan saya terpaksa berikan kepada anak saya susu formula.

Saya cuba untuk kembal;ikan keadaan seperti masa dalam tempoh berpantang...Malangnya...saya tak dapat berbuat begitu. Kerana bila saya rujuk kepada doktor..beliau mengatakan ..kafein didalam tubuh saya telah sebati dan dah serap 50 % nutrisi yang ada dalam susu itu.

Alangkah ruginyaaaa..saya..Sepatutnya boleh berikan dia sepenuhnya susu ibu sampai umur 2 tahun. Tapi bila dah masuk 1 setengah tahun susu pun dah kurang terpaksalah campur dengan susu formula.

Pengalaman ini amatlah memedihkan saya keran ianya sangat menggangu emosi saya dan rasa bersalah yang amat sangat. Lalu saya pun cuba berhentikan tabiat itu. 

Apabila kita minum minuman berkafein, susu kita akan hilang zatnya, ia juga mempengaruhi emosi kita serta anak yang kita susukan itu. Pengalaman saya sendiri juga...Melihat dari ragam anak yang sedang disusukan sangat mengganggu emosi saya.  Bila malam perutnya akan kembung sedikit. Cepat sangat meragam atau menangis bila sesuatu keadaaan itu tidak kena dengan dirinya. 

Bila saya sedar dan imbas balik...yelaaa...KAFEIN / kopi ni sangat tidak bagus untuk ibu yang menyusukan anak.

Yelah..kafein adalah perangsang untuk kita bertenaga tetapi dalam tempoh yang sekejap sahaja. Memang kita akan hilang mengantuk , tetapi dalam beberapa jam sahaja..badan kita mulai lemah kerana ia dalah satu bahan yang mana buat kita ketagihan. 



DENGAN CARA APA???

Saya mula kurangkan dosnya..maknanya kalau sehari saya boleh ambil sampai 4 cawan ..so saya buat 1 hari 2  cawan...dan seterusnya. Saya banyak sulamkan dengan air suam atau air milo atau horlicks.

Minggu pertama memang payah nak buang tabiat minum kopi 

Masuk minggu kedua pun macam tu tu juga, tapi bila dah penghujung minggu ke 3 Alhamdulillah sangat memberangsangkan. Saya berjaya mengawalnya dengan baik.

Ada lagi tipss....

- Bila rasa nak minum N***** atau kopi tetapi sedang susukan bayi atau anak...cepat2 cari kismis atau kurma...Inshaallah sangat membantu, niatkanlah kita makan makanan sunnah itu dalam masa yang sama nak buang tabiat suka minum kafein / kopi itu. Bukan bermakna tak boleh langsung, tetapi waktunya belum sesuai. Tunggulah bila anak dah tak menyusu. 

- Cuba amalkan senaman yang ringkas tetapi keluarkan pel;uh juga. Mesti kita tercari2 air kosong selepas itukan?? 

- Amalkan supplement. Ini kerana bila kita dah makan supplement yang agak mahal dan berkualiti....tentulah kita rasa sayang kan?? Tahu tak...KAFEIN akan hapuskan seluruh nutrisi  supplement itu dari tubuh kita. So..ladies...ingat bila kita dah invest macam-macam supplement utnuk kesihatan badan...elakkanlah dari mengambil KAFEIN. Rugi tau...beli mahal-mahal pastu tak de efek apa-apap pada kesihatan..kan membazir tu namanya.

Okaylaa...saya rasa cukup setakat ini sahaja perkongsian saya atas pengalaman saya sendiri. 
Yang mana SAYA memang COFFEE ADDICTED MOM!!!  BUT STILL UNDERCONTROL.

SALAM SAYANG DARI SAYA ...PUAN FAIRUZ KHATIM


CUBA BAYANGKAN ANAK-ANAK KITA SIHAT MEMBESAR DENGAN SUSU IBU TANPA SEBARANG GANGGUAN...SERONOK JE TENGOK MUKA DIAORG...CERIA JE...
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)



Ini pulak, gambar saya, husband dan semua anak-anak saya yang berjaya saya susukan sepenuhnya dengan susu ibu. Alhamdulillah..kurniaan Allah itu jangan disia-siakan.

Assalamualaikum.....

Sunday, October 4, 2015

TUBUH SIHAT,KULIT MENAWAN DENGAN ESP.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya akan kongsikan mengapa saya sangat suka dengan produk SHAKLEE?

Umur saya 40 tahun dan juga merupakan pengamal tegar jamu semenjak dari zaman anak dara lagi. Sehinggalah saya melahirkan anak saya yang pertama (kini berumur 16 tahun )sehinggalah saya berpantangkan anak yang ke enam. Saya tidak pernah tinggalkan jamu walaupun sehari. Ini kerana saya memang sangat menitik beratkan aspek penjagaan dalaman saya serta luran. 

Bila kita dah beranak pinak ni..semua bahagian dalaman akan menjadi longgar serta menggelebeh. Jadi sebelum kita mendapat penyakit..lebih baik dicegah atau dirawat.

Bermacam-macam jamu saya makan dari yang kena bancuh , kapsul, tablet serta yang koyak dan telan pun pernah saya makan. A|lhamdulillah saya memang rasi dengan jamu dan tidak ada masaalah untuk menelan jamu-jamu tersebut.

Tapi saya punyai masalah eczema yang mana sangat merunsingkan jiwa saya. Susah nak menjaganya..makan udang atau apa-apa seafoodlah..pasti akan gatal. Kalau dapat menggaru punyalah sedap sampaikan luka. Jadi bila luka ia akan merebak ke tempat lain.

Bermacam ubat klinik dari yang murah sehinggalah yang mahal pun saya redah beli. Ratusan ringgitlah habis duit semata-mata untuk baik.

Pada tahun penghujung tahun 2013 saya mula google apa sahaja mengenai cara nak baikkan eczema. Semua dah saya survey, akhirnya saya terbaca tentang produk SHAKLEE. Agak sceptical untuk mencuba tapi bila tgk testimonial agak menggalakkan. okay...saya pun proceed kpd tuan punya fb. Tanay pumya tanya, saya pun buat keputusan untuk membeli ESP dan Alfalfa dulu. Kang banyak-banyak kang tak tertelan pulak.....slow and steady...

Setelah consume selama2 minggu doktor pun terkejut dengan perubahan yang saya alami. Alhamdulillah syukurrrr..sangat-sangat. Mana taknya...eczema yang saya hidapai masa zaman anak dara....dah pun beransur pulih...yeehaaaa!!!


Sehinggalah sekarang saya telah pelbagaikan vitamin unrtuk penjagaan dalaman tubuh badan serta luaran. Sangat teruja dengan hasilnya.... setelah mengamalkannya selama  3 bulan secara konsisten. Ikut aturan dan jadual  makan vitamin tu. Inshallah ...akan berjaya dapat apa yang kita nakkan.

 Dulu kulit wajah kusam dan berparut...sekarang ni dah...beransur hilang. Parut luka jatuh disiku pun dah hilang. Tumit dah tak kasar lagi..heeeeeee....puas hatilahhh!!!!
Cek abang pun kemain lagi mujinyaaaaaaa....!!!

Satu lagi nak bagitau..shaklee ni dah dijamin keselamatan vitaminnya. Tel


Diatas ni gambar saya sebelum dan selepas pada tahun 2014. dan dibawah ni gambar saya sekarang. No makeup, no 360 camera, no vsco cam, no filter.....


Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Hasil yang sangat awsome dan amaizing!!! Ishhhh...saya tak akan bertukar dan tak kan berganjak ke produk lain....I dah jatuh cinta uolssssss!!!!

Nak tau apa rahsia saya?? ninnnndddiiiaaaa .....!!! SET KECANTIKAN SHAKLEE!!




Best sangat bila amalkannya. Bila nak dekat habis..saya tak sabar nak beli yang baru. Tapi ada yang kata mahal lah...susah nak telanlah...ALASANNNN JE TUUUU!!

Nak sihat dan cantik kena rajin...jgn culas makan vitamin. Pemakanan kena jaga. Minum air kosong secukupnya. Barulah hasilnya wowwwww!!

Inilah set kecantikan kulit SHAKLEE yang awsome lagi meletopss!!
Dalamnya ada :

ESP - GEBUKAN KULIT SERTA MEMUDARKAN PARUT . 
VITAMIN E - MENGHALUSKAN LIANG ROMA SERTA AWET MUDA
VITAMIN C- ANJALKAN KULIT, PUDARKAN PARUT SERTA BERTINDAK SEBAGAI KOLAGEN SEMULAJADI.
ALFALFA - DETOKS ATAU BUANG TOKSIN
B COMPLEX - MENYERIKAN WAJAH.
GLA  - SEIMBANGKAN HORMON DAN CANTIKKAN KULIT.


OKAY UOLLLSSSSS!!!...Nak cantik, gobu, anggun...kena rajin...So kalau nak tahu lanjut whatsapp saya 019-5241019.

Wassalam...serta salam sayang dari saya!!




Saturday, October 3, 2015

8 TIPS PENJAGAAN MINDA SUPAYA KEKAL TAJAM.


Ikan sejak dahulu lagi dikatakan antara makanan terbaik otak. Banyak kajian dilakukan dan hari ini berjaya membuktikan bahawa ikan kaya dengan khasiat dan kebaikan untuk meningkatkan kuasa otak. Bukan sahaja ketika kanak-kanak tetapi berterusan sehingga dewasa.

Menurut kajian terbaru yang diterbitkan jurnak kesihatan AMERICAN ACADEMY of NEUROLOGY secaea online pada Januari 2014, mendapati mereka mengambil asid lemak omega-3 yang tinggi dengan ikan juga memiliki volum otak yang lebih besar ketika sudah tua sama seperti otak yang sihat berusia satu hingga dua tahun.

Peningkatan usia menjadi punca kepada perubahan kepada saiz otak, vaskular (pembuluh darah) dab kognisi. Ia juga membawa kepada pengecutan otak yang menyumbang kepada seangan strok, white matter lesions, demensia, melemahkan penyakit Alzheimer.

Kajian yabg dijalankan keatas kira-kira 1000 wanita selepas menopaus dengan memerhatikan tahap dua asid lemak omega-3 yang terkandung didalam ikan iaitu  eicosapentaenoic acid (EPA) dan  docosahexaenoic acid (DHA) mendapati mereka yang mempunyai kadar acid lemak omega-3 yang tertinggi mempunyai otak yang lebih sihat berbanding dengan umur mereka berbeza dengan mereka yang mengambil omega-3 yang terendah.  Ini bermakna mereka yang mengambil omega -3 yang tinggi mampu mengekalkan fungsi otak lebih setahun atau dua tahun.

Penyelidikan juga mendapati wanita yang memili tahap EPA dan DHA yang tinggi dalam sel darah juga berkemungkinan mempunyai otak dan hippokamus yang lebih besar, yang memainkan peranan penting untuk ingatan.

Bagi pengidap Alzheimer, hippokamus mula lemah sebelum muncul simptom lagi.  Hasil kajian mendapati bahwa acid lemak omega-3 yang tinggi juga akan membantu melewatkan penuaan dan demensia.

Selain itu juga... diet yang kurang penganmbilan acid omega-3 juga akan membantu percepatkan penuaan dan kehilangan memori dan kemampuan berfikir. Berikutan itu, untuk memastikan otak sihat sepanjang tahun, kita perlu mengekalkan kadar EPA dan DHA yang cukup dalam tubuh. Ini bermakna anda harus makan ikan seperti : SALAMON, TROUT, SARDIN dan HERING, SEKURANG-KURANGNYA LIMA KALI SEMINGGU ATAU DUA SEMINGGU dan mengambil zat tambahan minyak ikan setiap hari!!!

Apakah tips yang boleh kita ikuti supaya minda kita terutamanya WANITA kekal tajam dan lambat penuannya??

1) AMALKAN PEMBACAAN AL-QURAN.(BAGI YANG ISLAM)
Saya suka mengajak rakan-rakan blog atau yang membaca blog saya ini agar meletakkan AYAT ALQURAN sebagai AMALAN SEHARIAN bagi  penghalang minda / otak kita dari mudah lupa. Bacalah ia setiap waktu selepas solat 5 waktu. Inshallah...anda akan kelihatan awet muda serta minda akan tajam.... CUBALAHHH..

2)WAJIB MENGAMBIL SARAPAN PAGI..
Ramai pakar kesihatan mengatakan bahwa sarapan adalah penentu kualiti cara hidup anda sepanjang hari.  Seseorang yang tidak bersarapan akan menyebabkan paras gula dalam darah rendah. Ini akan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Faktor ini kan menyebabkan banyak sel-sel otak akan mati dan akan menjadi kurang aktif.

3) ELAKKAN MAKAN BERLEBIHAN.
Orang yang bijak akan menitik beratkan soal pemakanan. Mereka akan makan ketika perlu sahaja. Makanlah makanan yang berkhasiat terutamanya yang mengandungi lebih protein dan omega acid.Makan berlebihan akan mengakibatkan makanan lambat dicernakan seterusnya akan mengakibatkan hilang fokus dan dan mengantuk .

4)JANGAN MEROKOK.
Asap rokok sangat merbahaya kerana ia mengandungi bahan kimia yang akan merosakkan sel-sel otak.

5)ELAKKAN MENGAMBIL GULA SECARA BERLEBIHAN.
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengakibatkan gangguan serapan nutrisi seterusnya menganggu perkembangan otak. dan akan menjadi kurang bijak dan menumpulkan ketajaman otak anda.

6)HIDU UDARA YANG BERSIH.
Otak merupakan pengguna oksigen yang terbesar dalam anggota badan kita. Menghidu udara segar akan membantu untuk mencerdaskan otak serta memperbaiki sel-sel.

7) ELAKKAN TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA.
  Tidur dalam keadaan menutup muka dengan bantal , buku lengan atau sebagainya akan memerangkap gas karbon dioksida serta dihidu semula akan mengakibatkan otak kekerungan oksigen lalu mengalami kerosakkan.

8)KURANG BERIMAGINASI  / KURANG BERFIKIR.
Sekiranya barangan lama ..jika tidak digunakan sudah tentu akan rosak. Begitu juga dengan otak kita jika kita kurang berfikir atau diasah, maka otak kita akan mulai tumpul dan menjadi kurang bijak



SHAKLEE ...ADA MINYAK IKAN KE????

ADAAAAA !!!!! Bagi yang tidak tahu apakah namanya....OMEGA GUARD!!

APA KEBAIKKANNYA???  

1) MELINDUNGI OTAK DARIPADA RADIKAL BEBAS.
2) MELAMBATKAN PENUAAN MINDA/OTAK.
3)MENAJAMKAN FIKIRAN.
4) MENJADIKAN MINDA ANDA CERDAS .

TAHUKAH ANDA ...BAHAWA OMEGA GUARD JUGA BERFUNGSI UNTUK ANGGOTA TUBUH YANG LAIN??

1) MENCANTIKKAN KULIT.
2)MELINDUNGI JANTUNG SERTA MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG.
3) MEMELIHARA KESIHATAN MATA.
4) MEMELIHARA FUNGSI SENDI.
5)MEMPERBAIKI SISTEM KARDIOVASKULAR.


APA YANG TERKANDUNG DALAM OMEGA GUARD SHAKLEE INI??? DAN APAKAH MENYEBABKAN IA MENJADI PILIHAN RAMAI??

Didalamnya terkandung EPA,DHA ,ALA dan lain-lain lagi

Satu hidangan OMEGA GUARD menyediakan 900mg asid lemak omega-3.

ULTRA TULEN DAN BERGRED FARMASEUTIKAL!!!

OMEGAGUARD dihasilkan melalui stu proses penyulingan proprieteri tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat didalam kebanyakkan jenis ikan.







Oleh yang demikian...anda sepatutnya mengambil langkah berjaga-jaga dalam pengambilan bahan makanan tambahan . Apatah lagi dewasa ini terdapat ramai yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dalam penjualan minyak ikan yang tidak berkualiti.

Omegaguard juga boleh dimakan oleh kanak-kanak yang berumur 1 tahun . Jangan mudah terpedaya, sebaliknya pilih dan cari makanan tambahan yang dibuat secara berkualiti seta dijamin oleh KKM kita.

Saya rasa SHAKLEE adalah yang terbaik serta hasilnya sangat memuaskan jika kita amalkan secara konsisten dan berterusan. Inshallah..

Saya sudahi tulisan saya ini dengan Assalamualaikum.

SAYA  PENGEDAR SHAKLEE BERTAULIAH :
FAIRUZ BINTI KHATIM
SID NUMBER:1086514

JIKA BERMINAT SILA WHATSAPP SAYA 019-5241019
COD AREA RTC GOPENG,MEDAN GOPENG DAN GUNUNG RAPAT.(PERAK)

PROMOSI OKTOBER!!!

GLA COMPLEX BUY 6 free 1

OMEGAGUARD BUY 6 free 1

                 OR / ATAU

OMEGAGUARD BUY TWIN PACKS DISCOUNT 5 %

VITALEA FOR CHILDRE BUY 3 free 1

VITAMIN E CLEARANCE SALE!!!

BUY 2 @ 50 % OFF