Wednesday, October 7, 2015

VERIKOS VEIN SERTA KEKEJANGAN OTOT KETIKA HAMIL.

Assalamualaikum. Salam hormat semua. Hari ini saya akan berkongsikan tips kepada anda yang bakal hamil atau sedang hamil. Ada diantara kita ni yang semasa dalam tempoh kehamilannya terima pelbagai cabaran dan dugaan. Maklumlah bukan mudah untuk yang pertama kali hamil. Macam-macam situasi yang akan dihadapi. Dari mula hamil, morning sickness hinggalah ke trimester terakhir.

Apa yang saya nak kongsikan disini ialah, bagaimana ibu-ibu yang bakal hamil atau sedang hamil nak overcome masalah seperti kekejangan otot betis ketika sedang tidur atau ketika tengah bersantai. Ia berlaku dengan secara tiba-tiba.

Apa yang perlu anda tahu ialah...kekejangan berlaku apabila anda tidak mengamalkan pemakanan seimbang atau yang berkhasiat mengikut jadual pemakanan ketika hamil.

. Ketika hamil tubuh kita akan menerima perubahan yang ketara dari segi fizikal . Tubuh agak mengembang , berat akan naik mendadak, kaki yang kadangkala membengkak. Urat kaki timbul atau lebih dikenali VENA VERIKOS . Ini berlaku apabila kedudukan bayi dalam kandungan menekan urat -urat yang berada disekeliling rahim hingga kepangkal peha .

Ianya sangatlah sakit apabila kita terlampau banyak berjalan atau melakukan aktiviti yang melibatkan berdiri dengan lama.

Saya hadapai situasi ini dari kehamilan anak yang pertama sehingga anak yang keenam. Derita rasanya bila kaki anggota tubuh yang 100 % memainkan peranan dalam aktiviti kita seharian terpaksa dihadkan. Allah sahaja yang tau macam mana sakitnya bila tengah-tengah malam tersedar dari tidur akibat kekejangan otot atau cramp. Bila kekejangan berlaku maka urat timbul tadi pun rasa sengal dan akan mengambil masa sehingga setengah hari akan pulih sakitnya.

Kekejangan kaki dan urat timbul adalah perkara yang biasa berlaku sewaktu kehamilan, tetapi bukan semua wanita akan tempuhi keadaan itu. Bergantung juga kepada cara pemakanan, genetik dan cara kita berjalan. Bayi yang berada dalam kandungan nak membesar jadi apa je nutrien yang ada dalam tubuh ibunya akan diserap . Jadi itu yang menyebabkan ibu hamil mengalami situasi ini.

Apa yang saya ingin kongsikan disini ialah, tips atau cara bagaimana saya mengatasi masaalah ini. Bayangkan dari anak yang sulong hinggalah anak yang keenam saya mengalami situasi yang sama.


BERIKUT ADALAH TIPS UNTUK MELEGAKAN KEKEJANGAN DAN VENA VERIKOS.

1) Biasakan tidur tinggikan anggota kaki diatas bantal . Gunakan 3 biji bantal agar dapat melegakan kaki anda. Bila duduk atau berdiri cuba letakkan kaki diatas stool atau kotak agar kaki anda boleh relax.

2) Makan supplement seperti kalsium magnesium setiap hari. Atau minum susu sebelum tidur dan pada waktu sarapan . Pengambilan fiber atau protein secukupnya bantu elakkan cramp dan urat timbul.

3) Elakkan dari minum kopi atau teh. Ia akan mengurangkan kadar penyerapan kalsium ketubuh anda. Makan makanan yang mengandungi produk tenusu seperti keju, marjerin atau juga minuman berkalsium.

4) Banyakkan makan buah-buahan agar ketika hamil anda tidak terkena sembelit. Sembelit ni akan menyebabkan kita meneran bila buang air besar. Jadi ia akan mengakibatkan kesakitan bahagian urat timbul, seterusnya pada malam akan menyebabkan cramp.

5)Pakai kasut yang sesuai semasa tempoh kehamilan ini juga memainkan peranan kaki anda supaya tidak mengalami kekejangan ketika berjalan atau sedang memandu. Jangan main-main tau...ada kenalan saya yang cramp ketika beliau memandu. Gara-gara memakai kasut bertumit . Ini sangat membahayakan nyawa ibu  dan juga bayi dalam kandungan. Jaga berat badan atau ikut diet yang disyorkan oleh pakar perubatan agar kandungan tidak terlalu berat.

6) Gunakan stoking khas untuk yang mengalami kekejangan dan urat timbul. Ianya boleh dibeli di pharmacy . Stokin khas itu panjangnya mencecah ke pangkal peha agak tebal dari yang biasa. Pakai sebelum tidur dalam keadaan berbaring. Apabila bangun pagi dalam, keadaan masih berbaring tanggalkan stokin agar darah anda tidak berkumpul dibahagian kaki.

Bersenam setiap hari sekurang-kurangnya 10 minit untuk melegakan kekejangan urat timbul

7) Seminggu sekali rendam kaki anda dalam air suam yang dititiskan minyak zaitun ia dapat mengurangkan keletihan kaki serta urat yang timbul. Legaaaaaa...sangat bila dah letak kaki dalam besen air suam tersebut. Tertidur dibuatnyaaa....hihihi..

8) Tidur dalam keadaaan mengiring kekanan atau mana-mana bahagian yang anda selesa. Letakkan sebiji bantal dibahagian belakang anda serta letakkan bantal dibahagian kaki. Ini akan mengawal   berat rahim agar tidak menekan urat  anda . 

9) Jangan duduk bersilang kaki. Jika berdiri terlalu lama , cuba duduk sesekali dan lakukan pergerakan kaki.

10)Ketika duduk santai, cuba buat senaman kaki yang ringan agar kekejangan dan urat timbul pada kaki akan lega. Ini juga dapat membantu anda agar tidak mudah terkenan cramp pada waktu malam.

11) Bagi yang beragama Islam boleh mengamalkan selawat nabi serta ayat penyembuh dari Al-Quran dibaca kemudian disapu atau usap perlahan-lahan ke tempat yang sakit akibat kekejangan dan urat timbul. Inshallah sangat membantu. Cubalah..anda akan rasa perubahannya.

Selalunya perkara mcam ni berlaku bila kita sedang hamil sahaja. Bila selesai bersalin ..inshallah akan mulai kurang dan seterusnya akan hilang. Tetapi bergantung juga kepada seseorang. Macam saya urat bersimpul masih ada, tetapi tidak la sakit seperti dalam tempoh kehamilan.

Walaubagaimanapun saya amat menitik beratkan pemakanan ketika saya hamil. Ini akan dapat mempermudahkan keadaan kita sewaktu hamil trimester pertama, kedua dan ketiga.
Jangan abaikan sekiranya ini berlaku kepada anda, cuba cari jalan penyelesaian kerana bila kita hamil..emosi kita akan banyak berubah ..cuba minta bantuan suami untuk memahami keadaan anda serta mengatasi masalah ini.

Bila kita sedang hamil...kita nak emosi kita tenang ,riang dan gembira. Barulah anak yang dilahirkan akan turut stabil emosinya. Ingat...!! Emosi ibu hamil sangat berkait rapat dengan anak dalam kandungan...Okayyyy..





Saya sudahi tulisan saya ini dengan ...Assalamualaikum warah matullahiwabarakatuh
SALAM SAYANG DARI SAYA, PUAN FAIRUZ BT KHATIM

No comments:

Post a Comment