Tuesday, October 6, 2015

KAFEIN PENGARUH BURUK PENYUSUAN IBU.

Assalamualaikum semua. Hari ini saya akan membawakan tajuk KAFEIN PENGARUH BURUK KEPADA SUSU IBU.

Saya adalah peminum tegar kafein./ kopi..terutama brand N******.. . Ya Allah ...sangatallahhh sukanya minum benda ni. Kenapa?? Sebab saya ni dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai kilang kopi suatu ketika dahulu. Saya tak nak bercerita mengenai kilang itu...Apa yang saya nak tekankan disini ialah...Bagaimana kafein ni sangat tidak bagus untuk ibu-ibu yang susukan bayi atau anak.

Mana taknya...saya boleh minum sehingga 4 cawan sehari. Fuhhhhh....org kata sampai malam tak tidur tu. No...no...no...saya tidur elokkk je. Kenapa ? Sebab kafein telah immune / serasi didalam tubuh saya.

Ketika saya habis pantangkan anak yang ke4...saya mula ketagihkan N******. Saya cuba untuk tidak minum ..Adalah dalam 5 bulan selepas berpantang.....saya dapat bertahan. Tetapi malangnya, desakan tekak yang gatal nak rasa juga N****** tu saya mula ambil sikit...sikit. Husband perasan juga. Tapi walaupun ditegur...saya buat tak reti jeee..

Setelah anak saya berusia 7 bulan saya mula perasan susu saya menyusust... dari 100% tinggal 70 % peratus sahaja. Walaupun ketika itu saya belum bekerja. Kalau ikutkan...memang boleh sangatlah saya susukan sepenuhnya anak saya. Maklumlah...anak lelaki bukan ke kuat nyusu. 

Tapi saya degil...saya teruskan juga minum..tanpa rasa bersalah. NAmpak juga anak saya macam tak puas menyusu...tetapi saya tetap minum juga. Sehinggalah saya terbaca satu artikel didalam surat khabar. Bertajuk : KAFEIN MEMUSNAHKAN NUTRISI SUSU IBU.....

Saya rasa sangat sentappp...dan bersalah kepada anak saya. Ketika itu umurnya sudah pun mencecah kepada 1 tahun setengah. YA...masih lagi breastfeeding...tapi sudah susut kepekatan susu saya dan saya terpaksa berikan kepada anak saya susu formula.

Saya cuba untuk kembal;ikan keadaan seperti masa dalam tempoh berpantang...Malangnya...saya tak dapat berbuat begitu. Kerana bila saya rujuk kepada doktor..beliau mengatakan ..kafein didalam tubuh saya telah sebati dan dah serap 50 % nutrisi yang ada dalam susu itu.

Alangkah ruginyaaaa..saya..Sepatutnya boleh berikan dia sepenuhnya susu ibu sampai umur 2 tahun. Tapi bila dah masuk 1 setengah tahun susu pun dah kurang terpaksalah campur dengan susu formula.

Pengalaman ini amatlah memedihkan saya keran ianya sangat menggangu emosi saya dan rasa bersalah yang amat sangat. Lalu saya pun cuba berhentikan tabiat itu. 

Apabila kita minum minuman berkafein, susu kita akan hilang zatnya, ia juga mempengaruhi emosi kita serta anak yang kita susukan itu. Pengalaman saya sendiri juga...Melihat dari ragam anak yang sedang disusukan sangat mengganggu emosi saya.  Bila malam perutnya akan kembung sedikit. Cepat sangat meragam atau menangis bila sesuatu keadaaan itu tidak kena dengan dirinya. 

Bila saya sedar dan imbas balik...yelaaa...KAFEIN / kopi ni sangat tidak bagus untuk ibu yang menyusukan anak.

Yelah..kafein adalah perangsang untuk kita bertenaga tetapi dalam tempoh yang sekejap sahaja. Memang kita akan hilang mengantuk , tetapi dalam beberapa jam sahaja..badan kita mulai lemah kerana ia dalah satu bahan yang mana buat kita ketagihan. 



DENGAN CARA APA???

Saya mula kurangkan dosnya..maknanya kalau sehari saya boleh ambil sampai 4 cawan ..so saya buat 1 hari 2  cawan...dan seterusnya. Saya banyak sulamkan dengan air suam atau air milo atau horlicks.

Minggu pertama memang payah nak buang tabiat minum kopi 

Masuk minggu kedua pun macam tu tu juga, tapi bila dah penghujung minggu ke 3 Alhamdulillah sangat memberangsangkan. Saya berjaya mengawalnya dengan baik.

Ada lagi tipss....

- Bila rasa nak minum N***** atau kopi tetapi sedang susukan bayi atau anak...cepat2 cari kismis atau kurma...Inshaallah sangat membantu, niatkanlah kita makan makanan sunnah itu dalam masa yang sama nak buang tabiat suka minum kafein / kopi itu. Bukan bermakna tak boleh langsung, tetapi waktunya belum sesuai. Tunggulah bila anak dah tak menyusu. 

- Cuba amalkan senaman yang ringkas tetapi keluarkan pel;uh juga. Mesti kita tercari2 air kosong selepas itukan?? 

- Amalkan supplement. Ini kerana bila kita dah makan supplement yang agak mahal dan berkualiti....tentulah kita rasa sayang kan?? Tahu tak...KAFEIN akan hapuskan seluruh nutrisi  supplement itu dari tubuh kita. So..ladies...ingat bila kita dah invest macam-macam supplement utnuk kesihatan badan...elakkanlah dari mengambil KAFEIN. Rugi tau...beli mahal-mahal pastu tak de efek apa-apap pada kesihatan..kan membazir tu namanya.

Okaylaa...saya rasa cukup setakat ini sahaja perkongsian saya atas pengalaman saya sendiri. 
Yang mana SAYA memang COFFEE ADDICTED MOM!!!  BUT STILL UNDERCONTROL.

SALAM SAYANG DARI SAYA ...PUAN FAIRUZ KHATIM


CUBA BAYANGKAN ANAK-ANAK KITA SIHAT MEMBESAR DENGAN SUSU IBU TANPA SEBARANG GANGGUAN...SERONOK JE TENGOK MUKA DIAORG...CERIA JE...
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)



Ini pulak, gambar saya, husband dan semua anak-anak saya yang berjaya saya susukan sepenuhnya dengan susu ibu. Alhamdulillah..kurniaan Allah itu jangan disia-siakan.

Assalamualaikum.....

No comments:

Post a Comment