Saturday, October 10, 2015

AWASI PENGGUNAAN PUTING KOSONG TERHADAP BAYI.

Assalamualaikum. Semoga anda sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Kali ini tajuk yang saya ingin kongsikan dengan anda ialah, PENGGUNAAN PUTING KOSONG terhadap BAYI. Kita kadang- kadang- memandang remeh perkara sebegini. Mengapa kita tidak mengambil berat atau peduli tentang puting kosong yang sering kita lihat digunakan kepada bayi.

 Mengikut kata-kata dari orang tua-tua, kalau terlalu lama gunakan puting kosong perut bayi akan kembung dan bayi akan meragam. Adakah ia sekarang mitos atau ada kebenarannya? Tampak comel apabila si kecil yang menghisap puting kosong. Biarpun berfungsi sebagai alat penenang untuk si comel menangis, namun ramai juga ibubapa yang tidak suka mengajar anak- anak mereka menggunakan puting kosong.

Bimbang anak- anak akan terikat terlalu lama sehingga tidak mahu 

berpisah dengan puting kosong selain bimbang struktur gigi si 

kecil akan rosak sekiranya terlalu lama bergantung dengan puting 

kosong.  Namun begitu bagi ibu bapanya yang menggunakan 

puting kosong perlukan menerapkan ciri-ciri keselamatan berikut:

1) GUNAKAN PUTING YANG BERSIH.

Dalam memastikan kebersihan yang maksimum, anda perlu sterile 

atau rebus puting kosong sama seperti puting botol. Apatah lagi 

puting kosong kerap digunakan bayi anda.

2) TUKAR PUTING SECARA KERAP.

Sebaiknya anda menggantikan puting kosong secara kerap. 

Disamping itu pastikan puting tidak mempunyai kesan retak,pecah 

atau berhubung,yang boleh menjadi punca kuman 

merebak.Sekiranya berlaku gantikan dengan puting baru secepat 

mungkin.


3)HADKAN PENGGUNAAN.

Seharusnya Hadkan penggunaan puting kosong pada masa tertentu 

sahaja umpamanya ketika bayi anda diserang kulit atau hanya 

untuk menenangkannya. Bimbang sekiranya penggunaan puting 

kosong untuk jangkamasa yangpanjang akan mengakibatkan 

infeksi kepada telinga.


4) BERI APABILA PERLU.

Sebagai langkah berjaga-jaga,  Cuba beri puting kosong apabila 

bayi anda memerlukan puting kosong sahaja. Jangan biarkan anak 

anda terlalu bergantung kepadanya bimbang timbul kesihatan 

sekiranya mahu diceraikan dengan puting kelak.


5) CERAIKAN APABILA TIBA MASA.

Cuba pisahkan anak anda daripada puting kosong kesayangannya 

sebaik- baiknya sebelum usia satu tahun. Sebaiknya sebelum gigi 

kekal keluar dan jangan biarkan penggunaan puting kosong 

menjadi tabiat.


Jangan ambil mudah tentang perkara ini. Ianya melibatkan 

kesihatan tubuh badan bayi yang kita sayangi.

Ambil langkah berjaga-jaga supaya bayi anda terhindar dari 
sebarang kecederaan atau dijangkiti kuman yang membahayakan kesihatannya.

Saya sudahi penulisan saya ini dengan,  Assalamualaikum serta Salam sayang buat pembaca semua.

PUAN FAIRUZ BINTI KHATIM. 



*contoh puting kososng yang digunakan oleh bayi.

No comments:

Post a Comment