Wednesday, June 3, 2015

SEMBELIT ... USAH PANDANG RINGAN !!

Masalah sembelit mungkin biasa terjadi kepada kebanyakkan di kalangan kita.  Sembelit adalah disebabkan pergerakkan atau laluan SUKAR najis didalam usus.  Apa yang dianggap normal dalam kekerapan pergerakkan usus adalah berbeza-beza.

Secara umumnya anda menghadapi sembelit jika dalam seminggu anda kurang tiga kali membuang air besar dan jika membuang pun najis anda menjadi keras dan kering.

Menurut Pakar Gastroenterologi & Hepatologi , Hospital Fatimah , Dr Saravana K..sembelit berlaku apabila najis bergerak terlalu perlahan melalui saluran penghadaman dan menyebabkannya keras dan kering.

Biasanya bahan buangan atau najis anda bergerak dengan pengecutan otot.  Didalam usus besar (kolon) kebanyakkannya air dan garam yang terdapat dalam najis ini diserapsemula kereana ia penting untuk fungsi badan anda.
Walaubagaimanapun jika tiada cecair yang mencukupi atau makanan yang kaya serat dalam diet anda , atau pengecutan otot besar menjadi perlahan. Najis akan mengeras dan kering dan melalui usus besar anda dengan terlalu perlahan inilah yang akibatkan SEMBELIT.

10 FAKTOR PENYEBAB KELEMBAPAN USUS

1. Kurang pengambilan cecair dan serat dalam diet.

2. Melambatkan atau melewatkan keinginan membuang air besar .

3. Kekurangan aktiviti fizikal.

4.Sindrom Gangguan Usus (IRRITABLE BOWEL SYNDROME)

5. Perubahan gaya atau rutin hidup seperti : hamil, penuaan dan melancong (biasanya waktu makan tidak 
      menentu).

6. Sesetengah penyakit boleh mengakibatkan sembelit.

7. Penyakit kronik seperti : strok, diabetes,tirod dan parkinson.

8. Masalah dengan usus besar (kolon) dan rektum seperti halangan usus ayau diverticulosis.

9. Pengambilan ubat-ubatan tertentu.

10. Kehilangan garam dalam badan melalui muntah atau cirit bitrit.

BILA PERLU BERJUMPA DENGAN DOKTOR??

Lazimnya pesakit sembelit akan datang apabila keadaan menjadi semakin parah.  Oleh itu anda perlu beri lebih perhatian terhadap penyakit sembelit ini. Dapatkan rawatan segera apabila terdapat simptom-simptom berikut:

  • SAKIT PERUT YANG TERUK
  • TIDAK MEMBUANG AIR BESAR DALAM JANGKA WAKTU YANG AGAK PANJANG
  • APABILA TIDAK DAPAT DIJELASKAN SAMA ADA SEMBELIT ATAU TABIAT BUANG AIR BESAR.
  • PERGERAKKAN USUS BERLAKU LEBIH DARI TIGA HARI

PEMERIKSAAN DAN RAWATAN

Kebiasaannya doktor akan membuat pemeriksaan darah , umur, gejala lain dan keadaan individu.
Anda mungkin akan menjalani pelbagai ujian rawatan, tetapi mungkin tidak perlu rawatan khusus sekiranya ia berkaitan penyakit serius yang lain.

Pakar akan membuat pemeriksaan rektum, yakni akan melihat dibahagian luar dubur. Pemeriksaan yang lebih mendalam adalah dengan cara memasukkan KOLONOSKOPI iaitu doktor akan memasukkan tiub nipis ke bahagian dalam usus anda. Semasa ujian ini dijalankkan doktor akan mengambil sample tisu untuk ujian biopsi.

Walaubagaimanapun kes sembelit adalah sementara, apabila pesakit menjalani gaya hidup yang betul seperti minum banyak air/cecair, mengamalkan gaya hidup yang sihat , bersenam dan makan makanan yang tinggi serat.

Pun begitu  anda sewajarnya mengambil perhatian yang serius , kerana terdapat juga kes sembelit yang melampau serta mengakibatkan kanser usus.


MAKANAN TAMBAHAN UNTUK MENGELAKKAN ATAU MENCEGAH SEMBELIT.


Jangan pandang remeh perkara ini. Kerana ia melibatkan kesihatan badan kita menyeluruh. Tindakan awal pencegahan amatlah digalakkan sebelum merebak dengan lebih serius. 

Akhir kata..salam sayang dari saya kepada pembaca setia blog saya. Wassalam...
Whatsaapp 0195241019 utnuk konsultasi tentang vitamin  dan cara pengambilannya.


EJEN SHAKLEE BERTAULIAH
SID 1086514
FAIRUZ BINTI KHATIM



No comments:

Post a Comment