Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga pembaca setia saya terus membaca penulisan saya dengan berlapang dada.
Apakah maksud kehamilan diluar jangkaan?? Pernah hadapi situasi ini?? Berapa ramai pasangan yang baru mendirikan rumahtangga menerima keadaan yang mereka akan menimang cahaya mata dalam waktu yang terdekat??
Kehamilan pertama adalah detik yang sangat -sangat ditunggu oleh pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. Perlukan perhatian khusus kerana ia merupakan kehamilan yang petama. Sudah pasti pasangan suami isteri ini tidak mengerti apakah langkah-langkah yang perlu diambil ketika siisteri telah pun disahkan hamil.
Kelengkapan khusu perlu disediakan dari segi pakaian,pemakanan,tempat untuk ibu hamil berehat dengan selesa serta dimanakah hospital atau pusat perubatan yang perlu pasangan yang bakal bergelar ibubapa ini berdaftar. Ini tujuannya untuk memudahkan ibu yang sedang hamil agar terus berasa selesa dengan keadaan ini walaupun pada hakikatnya agak sukar .
Begitu juga dengan kehamilan yang kedua, jagna abaikan keana ianya kadangkala berlaku tanopa diduga.
Pengalaman saya hamil kali kedua ketika anak sulong saya baru berusia 8 bulan. Bayangkan perasaan saya ketika itu. Sedih nak marah pun ada...tapi siapalah kita nak menolak takdir. Syukur alhamdulillah saya panjatkan pada ALLAH SWT. Walaupun ketika itu saya berasa sangat payah untuk menghadapi karenah "morning sickness". Saya hamil dalam keadaan saya didatangi haid setiap bulan selepas saya selesai pantang anak yang sulong. Agak terkejut apabila saya disahkan hamil dalam pada waktu yang sangat tidak saya bersedia dari fizikal dan mental.
Tetapi kerjasama dari pihak suami,keluarga dan keluarga mertua sangat membantu agar saya terus kuat menghadapi kehamilan yang tidak dijangkakan ini.
Setiap kehamilan itu unik. setiap ibu yang hamil perlu membuat pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan atau klinik swasta kerana, penjagaan kesihatan ibu hamil dan juga bayi yang dikandung amatlah penting. Jika anda hamil kali yang kedua atau seterusnya...sila beri perhatian lebih kerana, umur semakin meningkat jadi..daya ketahanan badan ibu hamil agak menyusut. Semua sudut kena jaga.
Apa yang perlu diberitahu kepada pegawai perubatan sekiranya anda hamil??
1) Usia ibu ketika hamil.
2) Pusingan haid ibu, adakah ia teratur atau sebaliknya.
3) Sejarah kehamilan: Masalah kesihatan yang pernah dialamai oleh siibu ketika sebelum hamil.
Mungkin terdapat faktor genetik penyakit kronik isalnya: diabetes gestational iaitu diabetes sepanjang waktu kehamilan sahaja. Ini adalah salah satu keadaan yang saya pernah alami. Secara jujurnya...memang sukar kerana terpaksa mengawal pemakan dan penjagaan kesihatan yang ketat. Supaya ia tidak akan membawa mudharat kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Pre-eklampsia : komplikasi kehamilan yang ditandai dengan peningkatan tekanan darah, kenaikkan paras cecair yang menyebabkan muka,kaki dan tangan membengkak serta kehadiran protin didalam urine.
4) RHESUS (jenis darah) berlainan - yang mana rhesusu ibu adalah negatif dan rhesus anak positif.
5)ASMA - Semasa mebuat pemeriksaan sila berhati-hati dengan peningkatan hestamin . Hal ini berlaku kerana kehamiloan mempunyai kesan atau dalam maksud yang lain penggalak kehadiran asma.
6) KEADAAN KESIHATAN BAYI.
Ia berdasarkna keadaan kesihatan si sulung yang pernah dilahirkan sebelum ini. Perlu diingat!!! Jika anak pertama lahir dalam keadaan masalah kesihatan seperti jantung dan sebagainya...maka doktor perlu tahu apakah puncanya. Apakah ia disebabkan oleh faktor keturunan atau lain-lain. Sebaik maklumat diperolehi .Doktor akan cuba sedaya mungkin untuk mengurangkan risiko yang bakal dialami oleh bayi.
HAMIL TETAPI MASIH MENYUSU!!!
Tidak perlu khuatir atau takut nak susukan anak. Pengalaman saya sendiri..menyusukan anak sehingga saya nak bersalinkan anak kedua pun masih lagi saya susukan kakaknya. Nurse yang mengendalikan kes saya pun menggalakkan saya susukan saja kakaknya.
Tidak akan berlaku masalah kepada janin atau bayi dalam kandungan kalau kita masih susukan kakak atau abangnya. Asalkan anda bijak memberikan makanan dan minuman yang seimbangan dan tidur yang secukupnya itu sudah pun memadai.
Barangkali diawal kehamilan hormon akan berubah , puting susu menjadi sangat sensitif. Dan ia pasti menyebabkan anda susah untuk memberikan susu kepada yang sulung. Jika berlakunya kontraksi hentikan penyusuan kepada anak sulung. Hal ini berlaku kerana kontraksi boleh berlaku kepada kelahiran pramatang melalui ransangan hisapan dari payudara.
LIBATKAN ANAK SULUNG!!!
Beritahu mereka (abang atau kakak) yang kehadiran adik baru mereka itu akan menambahkan lagi kebahagiaan dalam kehidupan . Kalau anak sulung anda masih bawah umur, mereka tentu tak faham apa yang ibu cakapkan. JAdi tunjukkan kasih sayang anda yang tak berbelah bahagi kepadanya. Melalui gaya bahasa tubuh badan. Jangan sesekali berkasar dengannya, ini akan membuatkan anak sulung akan berfikir dan simpan didalam minda mereka yang anda dan suami tidak sayang kepadanya.
Setiap perkara yang membabitkan adik atau bayi , perlu libatkan akak atau abangnya. Misalnya kalau pergi buat pemeriksaan diklinik, beli keperluan bayi dan mengajak mereka merasakan gerakan janin didalam perut anda.
PERLU DIINGAT!!
Setiap kelahiran pertama yang berakhir dengan bersalin secara pembedahan tidak semestinya berlaku kepada kelahiran seterusnya. Begitu juga jika bayi pertama anda mengalami masalah kesihatan tidak semestinya anak kedua dan seterusnya akan mengalami situasi yang sama.
Bagi yang beragama Islam, berserahlah sepenuhnya kepada Allah Swt. Banyakkan membaca Al-Quran serta berzikir. Ini akan membuatkan rohani ibu yang hamil akan kuat . Kajian membuktikkan bahwa bayi dalam kandungan jika selalu dibacakan Al-Quran akan cerdik dan baik akhlaknya.
Saya akhiri penulisan saya dengan , assalamualaikum.
Salam sayang dari saya Puan Fairuz Bt Khatim.
Gambar ihsan dari GOOGLE.
No comments:
Post a Comment