Tuesday, May 26, 2015

JOM KITA KENALI PENGASAS SHAKLEE YANG LUAR BIASA HEBAT!!!

Assalamualaikum....


IZINKAN SAYA BERKONGSI SEDIKIT INFORMASI  BERKAITAN DENGAN 

DR.FORREST C SHAKLEE. Untuk pengetahuan anda, Shaklee ini 

diasaskan oleh seorang doktor yang bernama Dr. Forrest C Shaklee. 

Ceritanya bermula seawal tahun 1915 lagi, di mana Dr. Forrest 

telah mencipta suplemen pertama di dunia yang dinamakan sebagai 

‘Vitalized Minerals’ (sekarang dikenali sebagai Vitalea).
Kemudian pada tahun 1956, Dr. Forrest telah menubuhkan syarikat Shaklee bersama-sama dengan anaknya. Dan belaiu telah memilih untuk memasarkan produknya secara ‘multi-level marketing’ (MLM). Ini bagi memastikan kepentingan suplemen dapat disampaikan dari mulut ke mulut. Dr. Shaklee memberitahu anaknya, Beliau merasakan bahawa kita semua seharusnya menggunakan produk yang talami iaitu dari sumber bahan semulajadi. Lantas beliau mengambil keputusan untuk mengajar beberapa orang supaya mereka boleh mebuat duplikasi perkara yang sama kepada orang lain.

Pengasas Shaklee ini mempunyai sejarah hidup yang sangat unik. Semenjak beliau dilahirkan, beliau sudah didiagnos sebagai menghidap tuberculosis. Keluarga Dr. Forrest membawanya pindah ke kawasan lain kerana meraka percaya udara segar dapat memulihkan keadaan kesihatan beliau.


Dr Shaklee juga memegang ijazah dalam pemakanan, biokimia , falsafah dan ketuhanan.  Shaklee menghabiskan banyak masa di lapangan baru diagnosis X -ray. Bahaya pendedahan berlebihan tidak diketahui sepenuhnya pada masa itu. Pada tahun 1921 beliau bimbang tentang luka bakar ulserasi parah di pinggang kiri dan bahu kiri. Shaklee berjumpa dengan pakar kanser di Chicago, yang disahkan kanser. Diagnosis disahkan di Klinik Mayo di Rochester, Minnesota. 

Dr. Shaklee tidak mengaku kalah dan bertekad untuk terus sembuh demi masa depannya. Dr. Shaklee memulakan program intensif pemakanan dan membuat analisis darah. Dengan hanya makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran dan ditambah diet dengan kuantiti yang banyak vitamin dan mineral, luka ulserasi menunjukkan tanda-tanda penyembuhan. Dr. Shaklee yakin bahawa penyembuhannya bergantung kepada sikap positif, kesihatan mental dan nutrisi yang tepat.  






Pada akhir tahun 1922, luka mula sembuh dan telah digantikan oleh tisu yang sihat . Kekuatan dan tenaga beliau juga kembali dan memberi keyakinan tentang pemakanan kesihatan. Shaklee memutuskan untuk menumpukan usahanya untuk penyelidikan pemakanan. Beliau memberi tumpuan kepada membina kesihatan yang baik daripada merawat pesakit yang sakit. Beliau memindahkan keluarganya ke Eugene, Oregon dan kemudian ke Oakland, California.




Pada tahun 1955, Dr Shaklee , yang pada ketika itu berumur 62 tahun menyatakan hasrat kepada dua orang anaknya iaitu Forrest Jr. dan Lee keinginannya untuk merubah masyarakat dalam meningkatkan kualiti pemakanan . Dia ingin memulakan perniagaan untuk mengedarkan makanan tambahan. Pada tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan untuk memberi makanan terbaik di dunia. 

Sehingga kini semua produk keluaran shaklee sangat diyakini bahkan telah menjadi satu jenama yang sangat disegani diserata dunia. Telah lebih 100 tahun menguasai teknologi makanan tambahan dan inovasi sains dalam menghasilkan produk yang berkualiti dan terbaik!!

Sekian dahulu buat masa ini..Inshallah kita jumpa lagi dilain entry....
Wassalam...
SID 1086514
FAIRUZ BINTI KHATIM
IPOH, PERAK.

No comments:

Post a Comment