Wednesday, September 14, 2016

BAGAIMANA ESP MEMBANTU PENYUSUAN IBU ?

ASSALAMUALAIKUM. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Saya kembali lagi dengan tajuk : Bagaimana ESP boleh membantu penyusuan ibu.


Dalam fikiran ibu-ibu yang hamil mesti ada rasa nak susukan bayinya sehingga berumur 2 tahun kan??

Tak dinafikan , ibu yang bekerja sekalipun mahukan bayi atau anaknya susu ibu sepenuhnya tanpa sedikit pun mengalami kemerosotan susu.

Kalau kita tengok macam-macam petua orang tua- tua yang diberikan oleh mak atau mak mertua kita untuk memastikan susu ibu dapat diberikan dengan lancarnya.

Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat juga dapat menyumbang kepada penghasilan susu yang banyak dan pekat.

Jika dilihat semasa berpantang ada juga diantara ibu-ibu yang dapat menyusukan bayi mereka dengan jayanya. Sebab apa?? Bila kita berada dalam tempoh berpantang, kita tidak digalakkan mengambil makanan yang berbentuk kafein dan berperisa . Ini kerana ia akan menghalang dari penghasilan susu .

Pengalaman saya ketika menyusukan anak semasa berpantang , sangat seronok kerana dapat menyusukan bayi sepuas-puasnya. Masa berpantang saya elakkan mengambil minuman berkafein.

Tetapi setelah habis berpantang anak yang ke 5, saya teringin pulak nak minum minuman berkafein. Jadi saya pun minumlah sikit. Tetapi amat malang kerana ia menjejaskan susu saya sehingga saya terpaksa memberikan bayi saya yang berusia 3 bulan susu formula.

Sejak dari itu saya serik dah nak sentuh minuman berkafein. Sehingga saya hamil anak ke 6 , saya bertekad untuk tidak menyentuh minuman berkafein sehingga anak saya berjaya disusukan hingga berumusia 3 tahun. ALHAMDULILLAH...BERJAYA.!!!

Zaman dah berubah... sekarang ni kita boleh je cari makanan tambahan yang boleh menghasilkan susu yang banyak serta berkualiti kepada bayi atau anak kita.

Jadi saya sangat menyarankan ibu-ibu yang sedang hamil atau dalam pantang , cuba mium soya untuk menghasilkan susu yang banyak. Tetapi INGAT !!! Bukan semua soya selamat diambil.


Kebanyakkan soya yang berada dipasaran tidak selamat diminum kerana, kebanyakkannya HANYA mengandungi ESKTRAK soya, bahan perasa atau pewarna. Tahu tak kalau bahan-bahan sepereti ini yang selalu kita ambil , apa yang akan jadi pada jangka masa yang panjang?????

Kanser payudara dan kanser rahim adalah kanser yang paling mudah dihidapi akibat dari amalkan makanan yang dicemari bahan kimia, selaian dari faktor genetik.


HABIS TU??? NAK MINUM SOYA APA PULAK ??


Ini diaaa......ENERGISING SOYA PROTEIN SHAKLEE atau dikenali sebagai ESP.

Esp adalah soya yang dihasilkan dari soya semulajadi. Tiada bahan kima, perasa tiruan atau pewrna tiruan.

Esp juga adalah 100 % dari bahan semulajadi.

Ia juga rendah GI , iairtu 39 sahaja berbanding dengan soya jenama lain.

Selain dari membantu menghasilkan susu yang banyak, ia juga mempunyai ISOFLOVIN iaitu sejenis bahan yang menentang KANSER PAYTUDARA, RAHIM dan KANSER PROSTAT.



Jadi saya serta pengguna yang dah pun dapat feedback yang bagus daripada ESP ni tak ragu-ragu lagi dah. Sebab dah memang terjamin kualiti serta halal untuk diminum .

Esp bukan sahaja boleh diminumoleh ibu yang hamil,meyusukan bahkan mereka yang punyai masalah seperti :

- KULIT

- DIABETES


- JERAWAT


- JERAGAT 


- KULIT KUSAM DAN BERBINTIK HITAM  juga boleh diminum.


Inshallah hasilnya, kulit cerah sekata , susu badan banyak, jerawat hilang serta jeragat pudar. Nak tau tak ?? Kulit cerah satu badan , bukan muka je. !!!!

Dapat mengawal paras gula dalam darah.

SILA LIHAT TESTIMONI DIBAWAH. 



Kebanyakkan mereka menggunakan SET MENYUSU !!!




Kebanyakkan mereka yang menggunakan SET MENYUSU mesti akan ambil ESP SOY PROTEIN.

Sudah memang terbukti ESP memang memberikan feedback yang bagus untuk ibu-ibu yang dalam pantang serta menyusukan . Jangan tak tau, ESP ni kalau kita dah habis pantang pun boleh teruskan pengambilannya.

Bukan setakat susu meriah...haaaa. Kulit maknya dan baby dia pun mulus dan gebu je. Inshallah bayi akan terhindar dari jangkitan penyakit.

Jadi kalau nak ambil ESP ni sewaktu HAMIL atau meyusu saya cadangkan ambil satu set.  Inshallah susu yang dihasilkan lebih berkualiti dan ibu serta ank turut sihat serta bertenaga.



SET HAMIL




SET BERPANTANG


BERIKUT ADALAH VITAMIN YANG PERLU DIAMBIL SEMASA DAN SELEPAS KEHAMILAN.



PROMOSI BULAN SEPTEMBER 2016 !!!



Saya sangat mencadangkan mana-mana ibu yang sedang hamil , dalam berpantang atau sedang susukan bayi anda, eloklah ambil vitamin . Jadikan ia sebagai makanan tambahan yang wajib dimakan setiap hari. 

Inshallah kesihatan tubuh anda serta penyusuan bayi akan berjalan dengan lancarnya.

Okay semua, saya undur diri dulu. Inshallah jumpa lagi dilain entry. 

Terima kasih kepada yang sudi membaca. Harap berikan sokongan anda kepada penulisan saya. Inshallah akan berikan informasi yang terbaik buat anda pembaca diluar sana.

Assalamualaikum.

Ingin dapatkan produk SHAKLEE ?? 

JOM PM SAYA @ WHATSAPP 0195241019.

Saturday, September 10, 2016

TIPS KULIT SIHAT DAN CANTIK DENGAN ESP.

Assalamualaikum, bismillahirrahmanirrahim.

Tahu tak yang tubuh kita sebenarnya perlukan supplement untuk memastikan daya ketahanan badan akan berfungsi dengan lebih baik. Memang benar kita perlu makan makanan yang seimbang  dan banyakkan minum air kosong. At least 2 - 3 liter sehari. Tapi makanan sekarang bukan macam dulu lagi dah. Sayur-sayuran serta buah-buhan pun dah disuntik ubat  untuk mengekalkan kesegaran dan bagi buah tu nampak segar.

Jadi kebanyakkan buah dah tak selamat untuk dimakan dan sayur-sayuran pun begitu juga dengan sayur-sayuran. Bukan tak makan langsung..tetapi kita perlu cuci bersih-bersih buah-buhan dan sayur-sayuran itu terlebih dahulu baru kita makan. Alamat lama la proses penyediaannya tu.

Jadi untuk menggantikan kekurangan nutrisi didalam tubuh kita, perlulah ambil vitamin supaya daya ketahanan badan kita kuat. Walaupun kita sudah berusia.

Saya mula mengambil vitamin Shaklee pada tahun 2013.

Saya adalah pengidap eczema yang kronik dari zaman remaja lagi. Sudah beribu duit habis pergi keklinik doktor pakar. Steroid ? Jangan cakaplah.. dah macam-macam ubat saya guna dan sapu. Baik sekejap...kemudian dia kan datang balik.

Alhamdulillah saya dipertemukan oleh seorang sahabat vitamin shaklee ini. Produk pertama yang saya guna ialah ESP SOYA PROTEIN. Syukur kepada allah kerana dalam masa dua minggu jari saya yang bernanah pulih. Saya teruskan konsisten ESP dan vitamin yang lain.


ESP SOYA PROTEIN SHAKLEE bukan sebarang soya , tetapi ia dihasilkan secara semulajadi tanpa dimasukkan unsur-unsur seperti : perasan tiruan, bahan pengawet dan sebagainya.


Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee adalah salah satu produk Shaklee yang telah mendapat pengiktirafan di seluruh negara kerana telah menjalani ujian klinikal yang paling banyak.

 Ianya dibuat dari protein tumbuh-tumbuhan yang berkualiti tinggi.

Satu-satunya kandungan di dalam ESP hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik). Kacang soya ini diproses dibawah suhu yang rendah.

Info menarik, setiap 1 kg ESP adalah dari 30 kg kacang soya. ESP sangat terkenal sebagai ‘energy booster’ atau pemangkin tenaga, tenaga yang dihasilkan dapat bertahan berjam-jam lamanya
Didalam ESP ini terdapat ISOFLOVIN yang mana tugasnya adalah untuk menghalang pertumbuhan kanser. Terutama kanser payudara dan kanser prostat. Kandungan ISOFLOVIN didalam ESP terpelihara 100 %  kerana ia dihasilkan secara natural. 

Shaklee sgt menjaga kualiti produknya. ESP Diproses tidak menggunakan alkohol sama sekali...sedangkan produk2 diluar sana menggunakan alkohol yg mana lebih murah dan mudah.
Penggunaan Alkohol sebenarnya sgt memudaratkan. Isoflavon hilang hingga 80% tau bila penggunaan alkohol semasa proses.

Begitu juga dengan keistemewaan ESP yang merupakan sumber makanan GI rendah. Hanya 39 bacaan GI utk ESP...sebab itu kita akan rasa kenyang yg lama...
ESP sangatlah digalakkan kepada pesakit diabetes kerana kadar GI nya yang rendah serta dapat mengawal tahap gula didalam darah pesakit diabetes. 

Begitu juga individu yang ada gastrik. Ia dapat mengekalkan rasa kenyang yang lama dan sekaligus merawat perut yang tidak selesa akibat angin gastrik yang melampau.









TESTIMONI SAYA SENDIRI !!! DIBAWAH NI ADA LAGI TESTIMONI DARI PENGGUNA ESP...
Rata-ratalah mereka ni semua ambil ESP secra konsisten dan dalam set-set yang mereka ambil WAJIB ada ESP. 

Nak tahu best ke tak best..memang kena cuba!



Ramai yang dah dapat feedback yang bagus hasil dari minum secara konsisten ESP. 

Alhamdulillah.... Kesihatan saya semakin baik serta dapat melakukan rutin harian sebagai isteri ,ibu dan guru dengan cergas. 

Sekiranya anda masih tercari-cari vitamin untuk :

KULIT CANTIK
KURUS
IBU HAMIL/MENYUSU/BERPANTANG
SENDI/SARAF
ANAK CERGAS BIJAK
GASTRIK
PUASA
RAMBUT GUGUR
RESDUNG
PEROKOK
PMS

COD area: Rtc Gopeng, Simpang Pulai, Rapat Setia, Medan Gopeng Dan Gunung Rapat)


WHATSAPP 019-52341019.

Saya undur diri dulu dengan lafaz.... ASSALAMUALAIKUM !!





















Wednesday, December 9, 2015

KEBAIKKAN DAN KEPENTINGAN KOLAGEN TERHADAP TUBUH BADAN.

Assalamualaikum semua. Lama dah saya tak udate entry. Maaf sibuk sangat lately. Ok, hari ni saya nak cerita tentang betapa pentingnya kolagen didalam tubuh badan kita.

APA ITU KOLAGEN?

KOLAGEN ialah  merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Malah, ia menyumbang kepada kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda.

Kolagen juga adalah komponen penting untuk melancarkan perjalanan bahan nutrisi yang kita makan , supaya ia  pergi ketempat yang diperlukan.

Sebab dan Kesan Kehilangan Kolagen .

Semakin usia meningkat, kolagen di dalam badan semakin berkurangan. Pengurangan kolagen menyebabkan pembentukan kedutan dan munculnya tanda-tanda penuaan lain, seperti:
 • Kulit berkedut, kering dan melayut
 • Kuku rapuh dan tidak kukuh
 • Rambut halus dan gugur

 Kemerosotan semulajadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan! Pengambilan tetap makanan tambahan kolagen dapat menggantikan kolagen yang hilang dan memelihara kulit.

Faedah-faedah makanan tambahan kolagen termasuk dapat menyegarkan semula kulit sihat, mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut.

Halangi tanda awal penuaan dengan memperlahankannya melalui pengambilan suplemen kolagen. Jika anda ingin mempunyai kehidupan yang hebat, rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berikan tubuh anda bekalan kolagen yang mencukupi.

Tahukah Anda ......

Kolagen membentuk 90% protein matriks tulang-tulang  dan dua pertiga dewasa tulang rawan artikular . Oleh itu, kehilangan kolagen juga boleh menjejaskan kesihatan tulang-tulang anda dan sesendi.


  • TULANG RAPUH ATAU LEMAH
  • SENDI KAKU


APAKAH JALAN PENYELESAIANNYA ??

SHAKLEE COLLAGEN POWDER
UNTUK KULIT YANG LEBIH SIHAT DAN MENAWAN

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. 

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.


Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.



Gambarajah diatas menunjukkan bagaimana SHAKLEE COLLAGEN POWDER bertindak dengan efektif dalam menyerap nutrisi kedalam tubuh badan.

BERIKUT ADALAH KANDUNGAN BAHAN DIDALAM KOLAGEN SHAKLEE.



INI PULA ERATUS KEBERKESANAN KOLAGEN SHAKLEE.


Jadi....buatlah pilihan yang betul dalam mencari supplement atau kolagen yang betul. Jangan biarkan diri anda mendapat kolagen yang tidak berkualiti serta tidak bertindak secara efektif..

Nak sihat tak sepanjang usia??? Makin kita berusia....makin kita perlukan kolagen yang terbaik.
Saya sangat menyarankan anda semua cuba kolagen shaklee, INSHALLAH ANDA AKAN BERPUAS HATI.

Salam sayang dari saya, buat pembaca setia blog saya. Jumpa lagi di lain entry, inshallah.

Assalamualikum dan salam sejahtera.



Promo untuk bulan December 2016 :
● Collagen powder - buy 6 free 1
● Collagen powder - buy 2 discount 5%
● vitalea chew buy 3 free 1
● caratomax buy 1 free 1 - PWP dengan setiap belian 150uv dalam 1 resit
● multi stack dispenser - PWP dengan setiap belian 150uv dalam 1 resit



WHATSAPP 0195241019

COD AREA: RTC GO9ENG,SIM9ANG PULAI, MEDAN GOPENG, RAPAT SETIA, GUNUNG RAPAT.
KAWASAN SEKITAR IPOH, PERAK.
   

Wednesday, October 14, 2015

JANGAN ABAIKAN KEHAMILAN TAK DIJANGKA.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga pembaca setia saya terus membaca penulisan saya dengan berlapang dada.

Apakah maksud kehamilan diluar jangkaan?? Pernah hadapi situasi ini?? Berapa ramai pasangan yang baru mendirikan rumahtangga menerima keadaan yang mereka akan menimang cahaya mata dalam waktu yang terdekat??

Kehamilan pertama adalah detik yang sangat -sangat ditunggu oleh pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. Perlukan perhatian khusus kerana ia merupakan kehamilan yang petama. Sudah pasti pasangan suami isteri ini tidak mengerti apakah langkah-langkah yang perlu diambil ketika siisteri telah pun disahkan hamil.

Kelengkapan khusu perlu disediakan dari segi pakaian,pemakanan,tempat untuk ibu hamil berehat dengan selesa serta dimanakah hospital atau pusat perubatan yang perlu pasangan yang bakal bergelar ibubapa ini berdaftar. Ini tujuannya untuk memudahkan ibu yang sedang hamil agar terus berasa selesa dengan keadaan ini walaupun pada hakikatnya agak sukar .

Begitu juga dengan kehamilan yang kedua, jagna abaikan keana ianya kadangkala berlaku tanopa diduga.

Pengalaman saya hamil kali kedua ketika anak sulong saya baru berusia 8 bulan. Bayangkan perasaan saya ketika itu. Sedih nak marah pun ada...tapi siapalah kita nak menolak takdir. Syukur alhamdulillah saya panjatkan pada ALLAH SWT. Walaupun ketika itu saya berasa sangat payah untuk menghadapi karenah "morning sickness". Saya hamil dalam keadaan saya didatangi haid setiap bulan selepas saya selesai pantang anak yang sulong. Agak terkejut apabila saya disahkan hamil dalam pada waktu yang sangat tidak saya bersedia dari fizikal dan mental.

Tetapi kerjasama dari pihak suami,keluarga dan keluarga mertua sangat membantu agar saya terus kuat menghadapi kehamilan yang tidak dijangkakan ini.

Setiap kehamilan itu unik. setiap ibu yang hamil perlu membuat pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan atau klinik swasta kerana, penjagaan kesihatan ibu hamil dan juga bayi yang dikandung amatlah penting. Jika anda hamil kali yang kedua atau seterusnya...sila beri perhatian lebih kerana, umur semakin meningkat jadi..daya ketahanan badan ibu hamil agak menyusut. Semua sudut kena jaga.

 Apa yang perlu diberitahu kepada pegawai perubatan sekiranya anda hamil??

1) Usia ibu ketika hamil.

2) Pusingan haid ibu, adakah ia teratur atau sebaliknya.

3) Sejarah kehamilan: Masalah kesihatan yang pernah dialamai oleh siibu ketika sebelum          hamil. 

Mungkin terdapat faktor genetik penyakit kronik isalnya: diabetes gestational iaitu diabetes sepanjang waktu kehamilan sahaja. Ini adalah salah satu keadaan yang saya pernah alami. Secara jujurnya...memang sukar kerana terpaksa mengawal pemakan dan penjagaan kesihatan yang ketat. Supaya ia tidak akan membawa mudharat kepada ibu dan bayi dalam kandungan. 

Pre-eklampsia : komplikasi kehamilan yang ditandai dengan peningkatan tekanan darah, kenaikkan paras cecair yang menyebabkan muka,kaki dan tangan membengkak serta kehadiran protin didalam urine.

4) RHESUS  (jenis darah) berlainan - yang mana rhesusu ibu adalah negatif dan rhesus  anak        positif. 

5)ASMA -  Semasa mebuat pemeriksaan sila berhati-hati dengan peningkatan hestamin . Hal          ini berlaku kerana kehamiloan mempunyai kesan atau dalam maksud yang lain penggalak        kehadiran asma.

6) KEADAAN KESIHATAN BAYI.

Ia berdasarkna keadaan kesihatan si sulung yang pernah dilahirkan sebelum ini. Perlu diingat!!! Jika anak pertama lahir dalam keadaan masalah kesihatan seperti jantung dan sebagainya...maka doktor perlu tahu apakah puncanya. Apakah ia disebabkan oleh faktor keturunan atau lain-lain. Sebaik maklumat diperolehi .Doktor akan cuba sedaya mungkin untuk mengurangkan risiko  yang bakal dialami oleh bayi.

HAMIL TETAPI MASIH MENYUSU!!!

Tidak perlu khuatir atau takut nak susukan anak. Pengalaman saya sendiri..menyusukan anak sehingga saya nak bersalinkan anak kedua pun masih lagi saya susukan kakaknya. Nurse yang mengendalikan kes saya pun menggalakkan saya susukan saja kakaknya. 

Tidak akan berlaku masalah kepada janin atau bayi dalam kandungan kalau kita masih susukan kakak atau abangnya. Asalkan anda bijak memberikan makanan dan minuman yang seimbangan dan tidur yang secukupnya itu sudah pun memadai.

Barangkali diawal kehamilan hormon akan berubah , puting susu menjadi sangat sensitif. Dan ia pasti menyebabkan anda susah untuk memberikan susu kepada yang sulung. Jika berlakunya kontraksi hentikan penyusuan kepada anak sulung. Hal ini berlaku kerana kontraksi boleh berlaku kepada kelahiran pramatang melalui ransangan hisapan dari payudara.

LIBATKAN ANAK SULUNG!!!

Beritahu mereka (abang atau kakak) yang kehadiran adik baru mereka itu akan menambahkan lagi kebahagiaan dalam kehidupan . Kalau anak sulung anda masih bawah umur, mereka tentu tak faham apa yang ibu cakapkan. JAdi tunjukkan kasih sayang anda yang tak berbelah bahagi kepadanya. Melalui gaya bahasa tubuh badan. Jangan sesekali berkasar dengannya, ini akan membuatkan anak sulung akan berfikir dan simpan didalam minda mereka yang anda dan suami tidak sayang kepadanya.

Setiap perkara yang membabitkan adik atau bayi , perlu libatkan akak atau abangnya. Misalnya kalau pergi buat pemeriksaan diklinik, beli keperluan bayi dan mengajak mereka merasakan gerakan janin didalam perut anda.

PERLU DIINGAT!!

Setiap kelahiran pertama yang berakhir dengan bersalin secara pembedahan tidak semestinya berlaku kepada kelahiran seterusnya. Begitu juga jika bayi pertama anda mengalami masalah kesihatan tidak semestinya anak kedua dan seterusnya akan mengalami situasi yang sama. 

Bagi yang beragama Islam, berserahlah sepenuhnya kepada Allah Swt. Banyakkan membaca Al-Quran serta berzikir. Ini akan membuatkan rohani ibu yang hamil akan kuat . Kajian membuktikkan bahwa bayi dalam kandungan jika selalu dibacakan Al-Quran akan cerdik dan baik akhlaknya.

Saya akhiri penulisan saya dengan , assalamualaikum. 
Salam sayang dari saya Puan Fairuz Bt Khatim.



Gambar ihsan dari GOOGLE.





Saturday, October 10, 2015

AWASI PENGGUNAAN PUTING KOSONG TERHADAP BAYI.

Assalamualaikum. Semoga anda sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Kali ini tajuk yang saya ingin kongsikan dengan anda ialah, PENGGUNAAN PUTING KOSONG terhadap BAYI. Kita kadang- kadang- memandang remeh perkara sebegini. Mengapa kita tidak mengambil berat atau peduli tentang puting kosong yang sering kita lihat digunakan kepada bayi.

 Mengikut kata-kata dari orang tua-tua, kalau terlalu lama gunakan puting kosong perut bayi akan kembung dan bayi akan meragam. Adakah ia sekarang mitos atau ada kebenarannya? Tampak comel apabila si kecil yang menghisap puting kosong. Biarpun berfungsi sebagai alat penenang untuk si comel menangis, namun ramai juga ibubapa yang tidak suka mengajar anak- anak mereka menggunakan puting kosong.

Bimbang anak- anak akan terikat terlalu lama sehingga tidak mahu 

berpisah dengan puting kosong selain bimbang struktur gigi si 

kecil akan rosak sekiranya terlalu lama bergantung dengan puting 

kosong.  Namun begitu bagi ibu bapanya yang menggunakan 

puting kosong perlukan menerapkan ciri-ciri keselamatan berikut:

1) GUNAKAN PUTING YANG BERSIH.

Dalam memastikan kebersihan yang maksimum, anda perlu sterile 

atau rebus puting kosong sama seperti puting botol. Apatah lagi 

puting kosong kerap digunakan bayi anda.

2) TUKAR PUTING SECARA KERAP.

Sebaiknya anda menggantikan puting kosong secara kerap. 

Disamping itu pastikan puting tidak mempunyai kesan retak,pecah 

atau berhubung,yang boleh menjadi punca kuman 

merebak.Sekiranya berlaku gantikan dengan puting baru secepat 

mungkin.


3)HADKAN PENGGUNAAN.

Seharusnya Hadkan penggunaan puting kosong pada masa tertentu 

sahaja umpamanya ketika bayi anda diserang kulit atau hanya 

untuk menenangkannya. Bimbang sekiranya penggunaan puting 

kosong untuk jangkamasa yangpanjang akan mengakibatkan 

infeksi kepada telinga.


4) BERI APABILA PERLU.

Sebagai langkah berjaga-jaga,  Cuba beri puting kosong apabila 

bayi anda memerlukan puting kosong sahaja. Jangan biarkan anak 

anda terlalu bergantung kepadanya bimbang timbul kesihatan 

sekiranya mahu diceraikan dengan puting kelak.


5) CERAIKAN APABILA TIBA MASA.

Cuba pisahkan anak anda daripada puting kosong kesayangannya 

sebaik- baiknya sebelum usia satu tahun. Sebaiknya sebelum gigi 

kekal keluar dan jangan biarkan penggunaan puting kosong 

menjadi tabiat.


Jangan ambil mudah tentang perkara ini. Ianya melibatkan 

kesihatan tubuh badan bayi yang kita sayangi.

Ambil langkah berjaga-jaga supaya bayi anda terhindar dari 
sebarang kecederaan atau dijangkiti kuman yang membahayakan kesihatannya.

Saya sudahi penulisan saya ini dengan,  Assalamualaikum serta Salam sayang buat pembaca semua.

PUAN FAIRUZ BINTI KHATIM. 



*contoh puting kososng yang digunakan oleh bayi.

Wednesday, October 7, 2015

VERIKOS VEIN SERTA KEKEJANGAN OTOT KETIKA HAMIL.

Assalamualaikum. Salam hormat semua. Hari ini saya akan berkongsikan tips kepada anda yang bakal hamil atau sedang hamil. Ada diantara kita ni yang semasa dalam tempoh kehamilannya terima pelbagai cabaran dan dugaan. Maklumlah bukan mudah untuk yang pertama kali hamil. Macam-macam situasi yang akan dihadapi. Dari mula hamil, morning sickness hinggalah ke trimester terakhir.

Apa yang saya nak kongsikan disini ialah, bagaimana ibu-ibu yang bakal hamil atau sedang hamil nak overcome masalah seperti kekejangan otot betis ketika sedang tidur atau ketika tengah bersantai. Ia berlaku dengan secara tiba-tiba.

Apa yang perlu anda tahu ialah...kekejangan berlaku apabila anda tidak mengamalkan pemakanan seimbang atau yang berkhasiat mengikut jadual pemakanan ketika hamil.

. Ketika hamil tubuh kita akan menerima perubahan yang ketara dari segi fizikal . Tubuh agak mengembang , berat akan naik mendadak, kaki yang kadangkala membengkak. Urat kaki timbul atau lebih dikenali VENA VERIKOS . Ini berlaku apabila kedudukan bayi dalam kandungan menekan urat -urat yang berada disekeliling rahim hingga kepangkal peha .

Ianya sangatlah sakit apabila kita terlampau banyak berjalan atau melakukan aktiviti yang melibatkan berdiri dengan lama.

Saya hadapai situasi ini dari kehamilan anak yang pertama sehingga anak yang keenam. Derita rasanya bila kaki anggota tubuh yang 100 % memainkan peranan dalam aktiviti kita seharian terpaksa dihadkan. Allah sahaja yang tau macam mana sakitnya bila tengah-tengah malam tersedar dari tidur akibat kekejangan otot atau cramp. Bila kekejangan berlaku maka urat timbul tadi pun rasa sengal dan akan mengambil masa sehingga setengah hari akan pulih sakitnya.

Kekejangan kaki dan urat timbul adalah perkara yang biasa berlaku sewaktu kehamilan, tetapi bukan semua wanita akan tempuhi keadaan itu. Bergantung juga kepada cara pemakanan, genetik dan cara kita berjalan. Bayi yang berada dalam kandungan nak membesar jadi apa je nutrien yang ada dalam tubuh ibunya akan diserap . Jadi itu yang menyebabkan ibu hamil mengalami situasi ini.

Apa yang saya ingin kongsikan disini ialah, tips atau cara bagaimana saya mengatasi masaalah ini. Bayangkan dari anak yang sulong hinggalah anak yang keenam saya mengalami situasi yang sama.


BERIKUT ADALAH TIPS UNTUK MELEGAKAN KEKEJANGAN DAN VENA VERIKOS.

1) Biasakan tidur tinggikan anggota kaki diatas bantal . Gunakan 3 biji bantal agar dapat melegakan kaki anda. Bila duduk atau berdiri cuba letakkan kaki diatas stool atau kotak agar kaki anda boleh relax.

2) Makan supplement seperti kalsium magnesium setiap hari. Atau minum susu sebelum tidur dan pada waktu sarapan . Pengambilan fiber atau protein secukupnya bantu elakkan cramp dan urat timbul.

3) Elakkan dari minum kopi atau teh. Ia akan mengurangkan kadar penyerapan kalsium ketubuh anda. Makan makanan yang mengandungi produk tenusu seperti keju, marjerin atau juga minuman berkalsium.

4) Banyakkan makan buah-buahan agar ketika hamil anda tidak terkena sembelit. Sembelit ni akan menyebabkan kita meneran bila buang air besar. Jadi ia akan mengakibatkan kesakitan bahagian urat timbul, seterusnya pada malam akan menyebabkan cramp.

5)Pakai kasut yang sesuai semasa tempoh kehamilan ini juga memainkan peranan kaki anda supaya tidak mengalami kekejangan ketika berjalan atau sedang memandu. Jangan main-main tau...ada kenalan saya yang cramp ketika beliau memandu. Gara-gara memakai kasut bertumit . Ini sangat membahayakan nyawa ibu  dan juga bayi dalam kandungan. Jaga berat badan atau ikut diet yang disyorkan oleh pakar perubatan agar kandungan tidak terlalu berat.

6) Gunakan stoking khas untuk yang mengalami kekejangan dan urat timbul. Ianya boleh dibeli di pharmacy . Stokin khas itu panjangnya mencecah ke pangkal peha agak tebal dari yang biasa. Pakai sebelum tidur dalam keadaan berbaring. Apabila bangun pagi dalam, keadaan masih berbaring tanggalkan stokin agar darah anda tidak berkumpul dibahagian kaki.

Bersenam setiap hari sekurang-kurangnya 10 minit untuk melegakan kekejangan urat timbul

7) Seminggu sekali rendam kaki anda dalam air suam yang dititiskan minyak zaitun ia dapat mengurangkan keletihan kaki serta urat yang timbul. Legaaaaaa...sangat bila dah letak kaki dalam besen air suam tersebut. Tertidur dibuatnyaaa....hihihi..

8) Tidur dalam keadaaan mengiring kekanan atau mana-mana bahagian yang anda selesa. Letakkan sebiji bantal dibahagian belakang anda serta letakkan bantal dibahagian kaki. Ini akan mengawal   berat rahim agar tidak menekan urat  anda . 

9) Jangan duduk bersilang kaki. Jika berdiri terlalu lama , cuba duduk sesekali dan lakukan pergerakan kaki.

10)Ketika duduk santai, cuba buat senaman kaki yang ringan agar kekejangan dan urat timbul pada kaki akan lega. Ini juga dapat membantu anda agar tidak mudah terkenan cramp pada waktu malam.

11) Bagi yang beragama Islam boleh mengamalkan selawat nabi serta ayat penyembuh dari Al-Quran dibaca kemudian disapu atau usap perlahan-lahan ke tempat yang sakit akibat kekejangan dan urat timbul. Inshallah sangat membantu. Cubalah..anda akan rasa perubahannya.

Selalunya perkara mcam ni berlaku bila kita sedang hamil sahaja. Bila selesai bersalin ..inshallah akan mulai kurang dan seterusnya akan hilang. Tetapi bergantung juga kepada seseorang. Macam saya urat bersimpul masih ada, tetapi tidak la sakit seperti dalam tempoh kehamilan.

Walaubagaimanapun saya amat menitik beratkan pemakanan ketika saya hamil. Ini akan dapat mempermudahkan keadaan kita sewaktu hamil trimester pertama, kedua dan ketiga.
Jangan abaikan sekiranya ini berlaku kepada anda, cuba cari jalan penyelesaian kerana bila kita hamil..emosi kita akan banyak berubah ..cuba minta bantuan suami untuk memahami keadaan anda serta mengatasi masalah ini.

Bila kita sedang hamil...kita nak emosi kita tenang ,riang dan gembira. Barulah anak yang dilahirkan akan turut stabil emosinya. Ingat...!! Emosi ibu hamil sangat berkait rapat dengan anak dalam kandungan...Okayyyy..





Saya sudahi tulisan saya ini dengan ...Assalamualaikum warah matullahiwabarakatuh
SALAM SAYANG DARI SAYA, PUAN FAIRUZ BT KHATIM

Tuesday, October 6, 2015

KAFEIN PENGARUH BURUK PENYUSUAN IBU.

Assalamualaikum semua. Hari ini saya akan membawakan tajuk KAFEIN PENGARUH BURUK KEPADA SUSU IBU.

Saya adalah peminum tegar kafein./ kopi..terutama brand N******.. . Ya Allah ...sangatallahhh sukanya minum benda ni. Kenapa?? Sebab saya ni dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai kilang kopi suatu ketika dahulu. Saya tak nak bercerita mengenai kilang itu...Apa yang saya nak tekankan disini ialah...Bagaimana kafein ni sangat tidak bagus untuk ibu-ibu yang susukan bayi atau anak.

Mana taknya...saya boleh minum sehingga 4 cawan sehari. Fuhhhhh....org kata sampai malam tak tidur tu. No...no...no...saya tidur elokkk je. Kenapa ? Sebab kafein telah immune / serasi didalam tubuh saya.

Ketika saya habis pantangkan anak yang ke4...saya mula ketagihkan N******. Saya cuba untuk tidak minum ..Adalah dalam 5 bulan selepas berpantang.....saya dapat bertahan. Tetapi malangnya, desakan tekak yang gatal nak rasa juga N****** tu saya mula ambil sikit...sikit. Husband perasan juga. Tapi walaupun ditegur...saya buat tak reti jeee..

Setelah anak saya berusia 7 bulan saya mula perasan susu saya menyusust... dari 100% tinggal 70 % peratus sahaja. Walaupun ketika itu saya belum bekerja. Kalau ikutkan...memang boleh sangatlah saya susukan sepenuhnya anak saya. Maklumlah...anak lelaki bukan ke kuat nyusu. 

Tapi saya degil...saya teruskan juga minum..tanpa rasa bersalah. NAmpak juga anak saya macam tak puas menyusu...tetapi saya tetap minum juga. Sehinggalah saya terbaca satu artikel didalam surat khabar. Bertajuk : KAFEIN MEMUSNAHKAN NUTRISI SUSU IBU.....

Saya rasa sangat sentappp...dan bersalah kepada anak saya. Ketika itu umurnya sudah pun mencecah kepada 1 tahun setengah. YA...masih lagi breastfeeding...tapi sudah susut kepekatan susu saya dan saya terpaksa berikan kepada anak saya susu formula.

Saya cuba untuk kembal;ikan keadaan seperti masa dalam tempoh berpantang...Malangnya...saya tak dapat berbuat begitu. Kerana bila saya rujuk kepada doktor..beliau mengatakan ..kafein didalam tubuh saya telah sebati dan dah serap 50 % nutrisi yang ada dalam susu itu.

Alangkah ruginyaaaa..saya..Sepatutnya boleh berikan dia sepenuhnya susu ibu sampai umur 2 tahun. Tapi bila dah masuk 1 setengah tahun susu pun dah kurang terpaksalah campur dengan susu formula.

Pengalaman ini amatlah memedihkan saya keran ianya sangat menggangu emosi saya dan rasa bersalah yang amat sangat. Lalu saya pun cuba berhentikan tabiat itu. 

Apabila kita minum minuman berkafein, susu kita akan hilang zatnya, ia juga mempengaruhi emosi kita serta anak yang kita susukan itu. Pengalaman saya sendiri juga...Melihat dari ragam anak yang sedang disusukan sangat mengganggu emosi saya.  Bila malam perutnya akan kembung sedikit. Cepat sangat meragam atau menangis bila sesuatu keadaaan itu tidak kena dengan dirinya. 

Bila saya sedar dan imbas balik...yelaaa...KAFEIN / kopi ni sangat tidak bagus untuk ibu yang menyusukan anak.

Yelah..kafein adalah perangsang untuk kita bertenaga tetapi dalam tempoh yang sekejap sahaja. Memang kita akan hilang mengantuk , tetapi dalam beberapa jam sahaja..badan kita mulai lemah kerana ia dalah satu bahan yang mana buat kita ketagihan. 



DENGAN CARA APA???

Saya mula kurangkan dosnya..maknanya kalau sehari saya boleh ambil sampai 4 cawan ..so saya buat 1 hari 2  cawan...dan seterusnya. Saya banyak sulamkan dengan air suam atau air milo atau horlicks.

Minggu pertama memang payah nak buang tabiat minum kopi 

Masuk minggu kedua pun macam tu tu juga, tapi bila dah penghujung minggu ke 3 Alhamdulillah sangat memberangsangkan. Saya berjaya mengawalnya dengan baik.

Ada lagi tipss....

- Bila rasa nak minum N***** atau kopi tetapi sedang susukan bayi atau anak...cepat2 cari kismis atau kurma...Inshaallah sangat membantu, niatkanlah kita makan makanan sunnah itu dalam masa yang sama nak buang tabiat suka minum kafein / kopi itu. Bukan bermakna tak boleh langsung, tetapi waktunya belum sesuai. Tunggulah bila anak dah tak menyusu. 

- Cuba amalkan senaman yang ringkas tetapi keluarkan pel;uh juga. Mesti kita tercari2 air kosong selepas itukan?? 

- Amalkan supplement. Ini kerana bila kita dah makan supplement yang agak mahal dan berkualiti....tentulah kita rasa sayang kan?? Tahu tak...KAFEIN akan hapuskan seluruh nutrisi  supplement itu dari tubuh kita. So..ladies...ingat bila kita dah invest macam-macam supplement utnuk kesihatan badan...elakkanlah dari mengambil KAFEIN. Rugi tau...beli mahal-mahal pastu tak de efek apa-apap pada kesihatan..kan membazir tu namanya.

Okaylaa...saya rasa cukup setakat ini sahaja perkongsian saya atas pengalaman saya sendiri. 
Yang mana SAYA memang COFFEE ADDICTED MOM!!!  BUT STILL UNDERCONTROL.

SALAM SAYANG DARI SAYA ...PUAN FAIRUZ KHATIM


CUBA BAYANGKAN ANAK-ANAK KITA SIHAT MEMBESAR DENGAN SUSU IBU TANPA SEBARANG GANGGUAN...SERONOK JE TENGOK MUKA DIAORG...CERIA JE...
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)



Ini pulak, gambar saya, husband dan semua anak-anak saya yang berjaya saya susukan sepenuhnya dengan susu ibu. Alhamdulillah..kurniaan Allah itu jangan disia-siakan.

Assalamualaikum.....